Selasa, Mei 30, 2006

LA D'VA


-BAB 1- Siapa Dia?



-Jelingan membujuk asmara
Kilauan mata menawan

Hitam kelabu smokey eyes

Gelap dan galak menikam

Kerlingan lebih menggoda

Memudar pucat ditulang mata

Layangan nipis rona lavender

Pembayang pipi telus cahaya

Lunakkan warna menyala-nyala!


Matanya seperti lapar menatap halaman-halaman yang berkumpul jadi satu. Air liurnya melekat, pada setiap lembar novel yang dilalui. Kali ini jari telunjuk kanan menghampiri lidahnya lalu membelai tepi halaman. Berlari dengan kata-kata yang berlari menuju halaman berikutnya.

Buku penulis kesukaannya Ayu Utami yang menitipkan kata-kata di akhir kalimat yang baru dijamahnya. Dia berlari kecil, sementara buku Larung dibiarkan terlarung di peraduan. Dari celah pintu yang dibuka pelan-pelan, Eva mencuri pandang. Di sebuah sofa di depan TV, Jeffri, abangnya, kekok bagaikan kerbau yang dicucuk hidung. Dibelainya rambut aweknya Lisa, merengek-rengek, mengada-ngada. Eva tertawa perlahan, dia geli. Abangnya Jeffri bukan lelaki yang romantik, buktinya adik kecilnya ini dulu tidak mampu ditakluki ketika merajuk. Mungkin kak Lisa memanfaatkan kudratnya sebagai wanita untuk berdrama swasta. Wanita kan tidak dilarang menangis,hehe....

Eva kembali ke peraduannya. Dia tidak menutup pintu kamarnya. Dia membiarkan pintu itu terbuka sedikit agar udara menjengah dari luar sambil mendengar pertengkaran yang dia cuba dengari dari dalam untuk mencuri tahu.

Lisa teresak-esak. Dia mengeluhkan sikap Jeffri yang langsung tidak ada kepedulian. Tidak ada perhatian, katanya. Sudah sekian lama mereka bercouple dan berpasangan sejak sama-sama bersekolah di Sri Inai, tetapi Jeffri masih tidak mampu memanjakannya. Bukan keinginannya ingin menjadi anak kecil kembali, tapi perhatian yang kadangkala diinginkan oleh setiap pasangan untuk menciptakan saaat-saat yang romantis.

Dan sekali lagi, Jeffri hanya mematung kaku. Seperti patung dewa cinta yang tak mampu melepaskan anak panahnya. Diam, keras membatu, seperti pokok kayu, tak tahu nak buat apa.


* * * *

-Hallo, Jeffri ada?-tanya suara di dalam telefon.

-Abang Jeffri pergi Miri. Ini Kak Lisa ker? tanya Eva. Dia sudah familiar dengan suara lemak merdu itu.

-Yap. Bila Jeffri bertolak. Tidak diberitahu akak pun?- suara Lisa terdengar kecewa.

-Bertolak pagi tadi. Macam tergesa-gesa aje. Dia kena gantikan tempat rakan officenya- kata Eva.

-Oh! okla. kakak masih ada kerja di pejabat nih. Eva tak pergi kolej ker?-

-Nak pegilaa nie!.-

-Ok. Take care. Have a nice day. Bye.-

Klik....

Eva terdiam. Di seberang sana Lisa tenang. Eva dah masak benar dengan sikap abangnya. Eva dapat merasakan kekecewaan perempuan itu. Eva hanyut dalam kesedihannya.

* * * *****

Eva tengah bersiap-siap untuk ke kolejnya, dia membuka almari bajunya. Di dalamnya terdapat perlbagai rekaan blaus, gaun, kemeja T. Dia mencapai baju V-neck yang tebuk lehernya yang memikat. Eva lebih suka memakai leher tebuk berbentuk V kerana lebih berkesan untuk ilusi badannya kelihatan lebih kurus (slimming effect). Kebetulan Eva mempunyai bentuk bahunya yang kecil (narrow shoulders) dan potongan badannya berbentuk buah pear. Lehernya yang pendek akan kelihatan panjang, menjadikan dirinya yang rendah tampak tinggi, mengimbangkan wajahnya yang lebar, bulat dan lekuk dadanya yang besar. Eva sesuaikan dengan trend drain pipe jeans yang berefek vintage lusuh.

Dia menghampiri almari soleknya. Kulitnya dioleskan serbuk foundation stick sepadan dengan kulitnya. Dia hanya menggunakan serbuk urban magic pixie dust yang natural untuk mukanya. Dan mencalit warna red earth di bibirnya yang munggil.

Telah dua hari ini Eva tidak ke kampus. Setelah tiga hari yang lalu rakan-rakan kampusnya marah besar kepadanya. Mengejeknya yang tak pernah tepati janji. Ilun, Nita, baby dan Nana mengejeknya sebagai pembohong besar.

Bulat! Itu kata yang dibencinya sejak kanak-kanak. Selain kata-kata itu mereka mengelilinginya sambil menari. Tarian yang menjulurkan lidah dengan kedua tangan berputar-putar di telinga. Selanjutnya akan ada lagu yang melengkapi pertunjukan. Bernada tinggi yang diakhiri dengan gerakan duduk sambil kaki menendang-nendang. Meraung-raung.

Waktu itu nasib baik ada Jeffri yang menyelamatkan riwayat kelam itu. Pahlawannya itu memberi amaran kepada budak-budak sengal untuk tidak memalukannya lagi. Sememang tubuhnya yang gemuk tak mampu berkurang kilonya.

Semua itu kejadian masa dulu dan bukanlah sebab dia tak percaya diri. Tetapi kenyataan kadang sukar dilunturkannya. Seperti kerasnya patung tanah liat, apabila ribuan ejekan bersama ludah-ludah, sedikit demi sedikit patung itu cair dan tak ada bentuknya. Sehingga rupa dan perasaan sama remuknya. Tetapi itu dulu, sekarang dia tidak begitu, dirinya adalah D'va.

Nasib baik ada sang pahlawan itu, hari ini Eva mengorbankan perasaannya. Biarkanlah rakan-rakanya menganggapnya penipu. Tetapi dia akan mencari jalan dan memberi alternatif lain untuk menambatkan hati rakan-rakannya. Lidah mereka yang sentiada menguyah makanan-makanan kapitalis itu. M'Donald dan PizzaHut.

Eva bukan tak ada wang perbelanjaan pengajiannya. Tetapi ayahnya selalu mengirim wang dari Aberdeen, UK. Jeffri sentiasa bermurah hati memberikan gajinya untuk Eva. Hari ini dia ingin membeli sejambak bunga. Rangkaian bunga mawar yang indah. Sangat indah. Harganyapun boleh tahan mahal, dari sebuah kedai bunga yang mengantar pesanan ke tempat tujuan di kota metropolitan yang sama. Untuk Lisa.

Semoga ini dapat menyelamatkan keadaan. Dia membayangkan senyuman yang lebar akan terlukis di wajahnya yang cantik ketika membaca nama pada kad yang terselip di tengah-tengahnya. Love and thousand kisses, from Jeffri.


-Aku bukan inginkan seseorang yang sempurna untuk dicintai, tetapi...
Aku belajar mencintai seseorang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna- Eva



bersambung...esok!


Tiada ulasan: