Rabu, Mei 31, 2006

LA D'VA
BAB 2- Sofisticated Chic


Anting-anting bergayut subang melekap
Kerabu berskru hiasan telupuk telingamu
Kening tebal, lebat daya tarikan
Imej garang digabung hitam
Tatarias rona gelap
Ikatan rambut tinggi ketat
Look wingy dan sexy hangat
Gaya terbaru up to date & elegan



Eva bersantai bersama Nana, Ilun, baby dan beberapa rakan-rakan kolejnya ke Kuala Lumpur yang kaya dengan segala macam kemewahan. Seperti Iazimnya, dia lepak diKLCC yang sesak dengan tumpuan anak-anak muda sepertinya bersantai menikmati secawan mocha dan chicken pie di kafe Dome sambil menjamu pertunjukan fesyen hujung minggu bertemakan fabric genre estetika keluaran Sharifah Kirana. Pelbagai gaya dan warna dapat disaksikan. Rakan-rakanya tidak kalah dengan gaya sensual. Daripada sepatu Salvatore Ferragamo kepada t-shirt Guess yang singkat bertindik dipusat, imej ranggi dan seksi sememangnya menjadi landskap fesyen diKLCC yang hebat dan bergaya, berlatarbelakangkan bangunan kembar tertinggi di dunia. Di hujung sana mata Eva tidak berkelip memandang wajah seseorang yang dikenalinya, Lisa yang dltemani seseorang tidak dikenalinya sambil menjamu selera.

Dia melarikan anak matanya dan berjalan dengan pantas supaya apa yang dilihat hilang sekelip mata. Tidak sanggup melihat adegan yang baru sahaja berlaku.

Dia masuk dalam Gloria Jeans dan mengamati lalu-lalang manusia yang bergegas, ada wajah kepenatan, ada pasangan yang melepaskan kegembiraan, kerinduan. Ada yang hanya diam, ada yang resah. Di sebelah mejanya ada pasangan lain, baru saling mengenali. Dua lelaki yang sama-sama jambu. Gaybek agaknya, bukan sesuatu yang baru baginya, melihat permandangan begitu di kota aneka warna bernama CINTA. Lelaki berkulit putih tersenyum manis padanya.

Wanita sepertiku pasti tertarik dan jatuh hati. Tutur kata mereka begitu ramah dan diselang seli hilai tawa, bertepuk tampar dan duduk hanya bersebelahan. Aku menatap dan mencuri dengar. Lelaki berkemeja biru itu terkadang membalas kata-kata seorang lelaki yang segak didepannya. Lelaki berkemeja biru itu bercerita tentang rasa sakit hatinya pada wanita dulu, cintanya dulu. Ketika sebuah keinginan dalam percintaannya seperti sampah dan dibuang merata-rata oleh kekasihnya.

Ingin sekali rasanya aku berkata kepada mereka tentang cinta dan benci yang bagiku memang berbeza dan tetapi sangat dekat pada kehidupan manusia. Empedocles, ahli falsafah dari Sicilia, berkata ada dua kekuatan yang bekerja di alam. Dia menyebutnya cinta dan perselisihan. Cinta mengikat segala sesuatu dan perselisihan memisahkannya. Aku mungkin tidak merasainya lagi tetapi aku banyak terpengaruh dengan pembacaan yang aku baca. Bagiku selain suka bersahabat dengan malam hari pergi clubbing dan having fun untuk melepaskan diri dengan tekanan. Buku adalah sahabat sejati, seperti makanan yang aku makan, kerana buku, ilmu yang aku dapat menjadi lemak dan vitamin yang berguna untuk otak dan tubuhku. Selain daripada itu semuanya menjadi hampas yang dibuang.

Tetiba gambaran wajah abang Jeffri terbayang didalam akalnya.

**************************************************

Pagi itu matahari membakar fajar menyinsing. Langit merah meradang di ufuk sana. Udara bergerak-gerak menjelang siang. Sudah lama langit tidak memberi hujan. Tanah sepi merindukan awan menitiskan kasih rezekiNya.

Eva membuka pintu rumah. Dia meninggalkan topeng mukanya muram bersama kasut baji jerami Loius Vuitton yang monogram ekslusif yang terhampar di rak kayu. Dia tak mahu Jeffri tahu dia pulang lewat dan berpelesaran di kelab malam dan keluar berembun dengan aktiviti nightlife yang dilewatinya. Dan semalam ada Chick's Night Out di kelab terkemuka di ibu kota.

Malam ini rancangannya mesti diteruskan. Eva berjalan di dalam rumah sambil ruang tamu dan memijak anak tangga perlahan-lahan.

Di dalam kamar tidurnya dia menghampiri rak almari dan didepan kamarnya dan menyentuh Sony SLV-N700 Hi-Fi yang dibeli oleh ayahnya 2 tahun lalu. Memasang lagu kegemarannya Larut dari album Republik Cinta-Kumpulan Dewa, band dari tanah seberang pujaannya. Suasana ruang bertukar hangat dengan dentuman memecah kesunyian biliknya sejak malam tadi.

Mungkin aku pernah juga.. merasakan cinta..
tapi tak pernah..seindah ini..mungkin aku juga pernah
Merasakan rindu.. Tapi tak pernah...Sedalam ini
Mungkin kamu takkan pernah..percaya..
Bahwa sesungguhnya..aku telah terjatuh...
KUAKUI AKU TELAH LARUT
LARUT KE DALAM
KAMU YANG KU CINTAI

Gadis itu belum bersiap-siap untuk kekuliah. Senyuman tiba-tiba terhias di bibirnya yang kecil. Rambutnya tergerai di atas bantal. Bajunya tidak ditukar lagi. Dia merapikannya, dan mencapai beg dan mengeluarkan beberapa buah buku yang dibeli semalam. Antara buku kegemarannya yang dibeli Da Vinci Code, Tuesdays With Morrie, Conversations with God, The Celestine Prophecy dan Memoirs of a Geisha. Di biliknya, di almari dan meja baca dipenuhi penulis-penulis kegemarannya dari Malaysia, pemenang sastera nobel dan Indonesia juga menjadi kegemarannya tentu sekali hasil penulisan Ayu Utami, Dewi Lestari, D.N Hadini dan Fira Basuki dan karya-karya Pramoedya Ananta Toer dan beberapa lagi tokoh disana. Tetapi jika dia ada waktu terluang Eva akan menghabiskan beberapa lama membaca e-novel kegemarannya NizamZakaria kisah seorang limau nipis di depan laptopnya. Dia amat mengkagumi novel-novel sophisticated oleh penulis berbakat itu. Sekarang, dia larut dengan pembacaannya Sayap-sayap patah oleh Khalil Gibran dan terlupa untuk menghadiri kelas pada hari itu.

Tiba-tiba terdengar ketukkan diluar.

Jeffri memintanya memperlahankan sedikit muzik yang memekakkan telinga mereka. Lisa hanya duduk di sofa depan TV. Mereka diam. Seperti biasa perang dunia ketiga sudah bermula. Dan terpaksalah aku menghentikan lagu Dewa, kata Eva dalam hati. Dan dia menjenguk diluar dan melihat kelibat dua pasangan yang sedang panas itu sudah keluar pintu. Dia masih tidak faham apa yang berlaku.

Damnn!

Eva sengaja malas untuk kekuliah dan dia akan merancang memasak di dapur. Menyiapkan makan malam. Apalagi dia memasak makanan kesukaan abangnya malam ini. Malam ini dia akan memberi suasana yang indah bagi mereka mereka berdua. Eva membuka laci almari dapur. Untung masih ada sebatang lilin. Candle light dinner. Oh, so sweet.........

Tetiba telefon bimbitnya mengeluarkan lagu Akon Lonely mp3, menjerit-jerit memangilnya di dapur. Eva mencapai telefon bimbitnya Samsung SCH A970 di screen ada nombor 012237****.

-hallo! Eva, kenapa tak datang kelas?

-Aku demam!.

-Errk ! malam tadi sihat aja? Hari ni dah demam? Aku ambik kau kejap lagi, aku nak shopping kejap. Lepas tue nak pegi photo shoot. Ok Eva!

-Ok, ok, nanti call aku bila dah sampai.

-Bye!

Nana adalah rakan sekolah sewaktu di BBGS dulu, sekarang sekolah lamanya dikenali sebagai Sekolah Bintang Utara. Nana, model sambilan, di luar waktu pekerjaannya sebagai pelakon dan pelajar, Nana cukup suka membeli-belah selepas waktu photo shoot dan temu ramah yang diadakan, dia dan Nana akan keluar bershopping. Dan malam ini mereka akan menghabiskan lagi hujung malam minggu dengan undangan fesyen di sekitar kelab Kuala Lumpur.

Tetapi Eva tidak suka shopping barang keperluan yang dia sendiri miliki dan masih boleh digunakan lagi, atau pakaian yang berjenama didalam 3 rak baju miliknya. Dia boleh mendapatkan segala barangan berjenama terkemuka didalam dan diluar negara. Ayahnya, Khairul Amri yang bekerja di syarikat minyak dan perkapalan dunia veribu pejabat di Aberdeen, UK. Jarang pulang ke Malaysia. Tetapi jika cuti semester, dia akan berpeluang melawat dan menziarahi ayahnya disana. Semalam ayahnya telefon. Ayahnya kini berada di Oman mengenai projek Daleel Petroleum Muscat, Sultanate of Oman. Sebagai seorang jurutera projek minyak dan perkapalan, ayahnya sering ke luar negara. Ayahnya akan pulang ke Malaysia kerana menghadiri Asia Oil and Gas Conference di Kuala Lumpur Convention Centre tidak lama lagi. Eva terpaksa menerima hakikat itu. Komitmen kerja ayahnya melebihi dirinya dan keluarga. Mungkin juga setelah ibunya pergi ayah bekerja tanpa jemu.

Eva berjalan keruang tamu yang ada rekaan perabot kayu yang simple, bersapa sentuhan kreatif abangnya yang memberikan ketenangan dan terbit damai dihatinya. Apabila Eva melangkah masuk kekediamannya, bagaikan hilang segala penat lelahnya. Suasana sungguh tenang kadang-kadang membuatkannya tidak sedar kediaman miliknya dan abangnya itu berada ditengah-tengah kesibukan kota metropolitan. Citarasa abang Jeffri sememangnya sangat kreatif. Hiasan dinding dengan elemen artistik, poster Vincent van Gogh dan Pablo Picaso bertajuk Violin and Guitar sangat unik di sudut dinding ruang tamu. Sememangnya Jeffri seorang pecinta seni yang gemarkan ketenangan dan kesederhanaan seperti juga dirinya. Walaupun bidangnya seni fesyen yang masih serasi dengan anjakan seni artistik dan moden. Sejak kecil dia berminat dengan karya seni tambahan pula apabila dia melawat Muzium Victoria & Albert di London suatu ketika dulu bersama Jeffri dan ayahnya. Sesuai sekali dengan kata bintang horoskopnya Libra memiliki bakat dalam fashion design, kosmetik; juga dapat sukses sebagai artis, penulis lagu, penulis, dan interior design.

Eva mencapai rokok Malboro Light di dalam laci bacaannya, menghembus asap putih keluar dari bibirnya. Jari-jemarinya lincah mengetik-getik setiap kata dilaptopnya. Kata-kata yang selalu menjadi pelariannya. Kata-kata yang membesarkan jiwanya. Rangkaian kata yang menemani kesepiannya. Hanya dengan cara ini dia membebaskan isi fikirannya. Eva menghabiskan setiap lautan kata di dalamnya sebelum meninggalkan makan malam untuk abang dan pasangannya.

*******************************************************************

'Thanks' itu yang mampu aku balas kala diucap 'I love your look' di suatu acara trendy yang diadakan di Luna Bar KL. Jika ingin dikatakan, kebelakangan ini aku berasa berat tulang ingin bergaya sakan. Maklumlah, bersengkang mata dengan deadline, rasanya bagai membazir menggayakan kemeja kemas bersama blazer sedondon. Walau bagaimanapun sebagai pelajar fesyen, beberapa pasang kasut dan sehelai jaket sentiasa tersedia di dalam kereta- just in case. Jadi di dalam keadaan yang selekeh itu pun ada yang memberi pujian, terima kasih daun keladi sahajalah sekali lagi aku ucapkan.

Kelab-kelab malam sentiasa penuh apabila ada acara-acara tertentu yang berkaitan dengan fesyen dan memang memandang gaya dan jenama. Berhias anggun dengan trend fesyen yang terkini. Itu bercanggah dengan pendapatku, kepercayaan lazim, aku atau sesiapa sahaja tidak perlu lahir kaya untuk bergaya. It's about your style.

Danial yang bekerja sambilan di kelab itu melambai-lambai kearah mereka, Eva menghampirinya.

-Wow! kalau kau memakai gaya terkini-anything new atau retro- selalunya aku nampak kau dulu Eva!- katanya.

Eva hanya tersenyum dan mencembik bibir. Setiap malam pesta aku berdepan dengan ramai orang yang suka berlagak di dalam kelab malam. Di sudut kiri kanan bouncer kelab bertugas mengatur barisan. aku datang dengan Nana sahaja malam itu, setelah menerima jemputan siang tadi.

Danial berbisik ditelinga Nana menunjukkan kearah sekumpulan wanita dan beberapa celebriti tanah air yang datang pada malam ini. Ezlyna serta beberapa rakan mereka, bersuka ria dan gelak ketawa. Annanita seorang model kacukan itu dengan potongan rambut blonde efek volume tiga warna dan memakai dress Melinda Looi, rantai mutiara labuh, kasut Giuseppe Zianotti keluaran SHUZ dan penata gaya dengan stoking net. Nampak seksi dan feminin sekali. Aku memuji-muji dan terdengar Danial berkata;

-I don't need another prima donna putting on airs-

Danial terus mengutuk-ngutuk beberapa model dan celebtiti yang hadir tidak sesuai dengan majlis ulang tahun Espirit yang bertemakan real style real me!

Aku dan Nana hanya tergelak melihat gelagat Danial. Aku meneguk sedikit minuman yang disediakan cocktail beralkohol campuran gin, vodka, bacardi dan beberapa lagi campuran yang boleh memabukkan. Aku tak pernah berfikir panjang sebenarnya, kala berpakaian. Selalunya aku cuma memadankan yang terbaik untuk menyesuaikan suasana majlis, membentuk sedikit rambut tocang tinggi dan seperti kata suara latar smart shop, I'm ready to go! Nampak seperti mudah, bukan? Namun perkara berfesyen ini bukannya dilahirkan sernalaman. Keyakinan diri mengambil masa bertahun-tahun untuk aku lakukan.

Acara berlangsung hingga larut malam.



-Ketika bertemu dengan seseorang yang menarik,
Itu bukan pilihan, itu kesempatan.
Apabila mencintai seseorang dengan segala kekurangannya,
Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.-Eva

Tiada ulasan: