Gurisan Intaglio 9: Rahsia Jauhari
Kepedihan yang kurasakan ini sangat peribadi, dalam bentuk egoisme yang berat dan sulit dimengertikan oleh Dahlia. Mencari kebahagiaan yang membuatkan rasa kehilangan identiti diri. Bagaimana aku ingin kusampaikan kepada Dahlia? Atau membiarkan dia terus mencari. 10 tahun rahsia itu tidak disemak. Jauhari bangun, perasaan sedih kerana kesilapan lalu membuatnya berhati-hati. Aku mengenal wanita yang nengubah segenap perasaan hanya dengan kenangan. Semua orang akan merasa kehilangan. Rasa kehilangan sejati yang timbul dari kesedaran yang egois, setelah kehilangan, penyesalan akan menyelinap.
--Dahlia! rasa kehilangan itu tidak menyenangkan. Malah, menjurus menyakitkan. Tetapi hilang adalah sebuah fakta. Dan fakta perlukan tindakan. Bukan hanya sekadar ratapan yang merindukan.---- kata Jauhari di sudut galeri Warisan Nusa.

--Mencari sampai bertemu perkara yang hilang itu, perlukan kesabaran. Kenapa selama ini kau berahsia denganku Joe!---keluh Dahlia, sambil membetulkan selendang di bahunya. dengan mata kuyu tidak bermaya. Mata itu yang menyimpan segenap perasaan sukar diluahkan.
--Aku sendiri Lia menghapus keinginan akan sesuatu yang telah hilang itu. Banyak jenis tindakan. Tergantung pilihan yang harus aku lakukan. Aku ingin menolongmu. Tetapi dirimu tidak membuka untukku, Lia. Aku ambil jalan terbaik menjaga agar jangan sampai hilang---luahan Jauhari tepat kesasaran Dahlia.

---Tunggu Joe! ---Dahlia separuh menjerit, lalu menyambung;
--Tetapi hidup ini bukankah sebuah kisah-kisah yang tidak pasti?. Akhir hidup setiap manusia adalah pasti, namun jalan hidupku adalah rentetan-rentetan ketidakpastian. Dan kehilangan adalah sebagian dari sebuah jalan hidupku. Apa pilihan tindakan ku sekarang?---
Jauhari menoleh sambil melambung-lambung zippo yang dibelinya diluar negara dengan ratusan euro. Jauhari mengangkat kening.
--Tunggu Dahlia aku pulang dari Sarawak, nanti kukhabarkan kepada kau, berehatlah.- Jauhari menghampiri dan memeluk Dahlia. Pelukan erat dibalas mesra.
Ya, semoga aku cepat mendapatkan dirimu kembali. Untuk diriku. Kata hati Jauhari.
Semoga...akan mengingati siapa dirimu.
**************************


Kalau diri Dahlia sekarang berada di sisi, pasti langit yang melindungimu untukku dari arakan jelaga hitam, dengan angin keras, yang memaksa beberapa pohon kecil harus bersujud. Dan jika kau lemparkan mata ke utara, barisan burung yang bergerak-berjajar, seperti membawa khabar: gerimis akan menebar.Rahsia, itu aku letakkan sama darjatnya dengan kekecewaan masa lalu. Apa yang aku takutkan tidak mampu menjaga rahsia itu? ya, praduga begini acapkali datang. Ruang bersama kebahagiaan Dahlia adalah situasi tanpa tegangan, tanpa tanda-tanda, juga defenisi, mungkin hanya semacam persinggahan untuk membiarkan diriku dimaknai orang lain, sedikit sengketa, dengan tawa, atau dengan berdiam diri semata. Seperti cermin, kedua-duanya, tidak akan menampilkan bayangan yang sempurna. Tetapi, bukankah aku tidak pernah mengelak dari bayangan silam?
Ah, lihatlah, di permatang langit utara, petir mulai mencambukkan pijarnya. dan dingin ini, mulai memberi rasa.
***********************************
"Cinta tidak menyedari kedalamannya sampai tiba saat perpisahan"-Kahlil Gibran-

Di persimpangan dia masih termangu saat traffic light terhenti. Ketika persimpangan jalan begitu padat dan merangkak. Dari sebuah jendela sebuah lori usang dibawa warga seberang, di dalamnya aku mendengar suara serak membaca sajak :

Saling bertanya : Apakah ini?
Cinta? Keduanya tidak mengerti
Sehari itu kita bersama. Tidak hampir-menghampiri
Ah! hatiku yang tidak mahu memberi
Mampus kau dikoyak-koyak sepi
(Sia-sia-- Chairil Anwar)
Sebuah yang hari biasa diawali oleh fajar yang digelayuti awan mendung kelabu, namun tidak menutup kemungkinan adanya sebuah senja yang cerah menghias langit biru bersih. Atau sebuah hari yang diawali oleh fajar dengan suria keemasan di takhta birunya langit, dan berakhir dengan senja sang puteri matahari merah meranum jingga bercumbu mesra dengan sang pangeran langit berjubah biru cerah yang sejuk mempesona. Atau sebaliknya. Semua kemungkinan pasti ada kerana sememang hakikatnya tidak ada yang pasti di dalam sebuah hari, selain dua perkara di atas tadi.
Jauhari diam menatap laut biru di depan, lautan pesisiran Melaka yang menyimpan khazanah berharga nilai pusaka dan nyawa manusia.
bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan