Ahad, Jun 11, 2006

LA D'VA 3- HYDRIB


Steht auf zum Tanz

Schatten meiner Hande
Wie lange noch spielt ihr Toten
Steht auf
Steht auf zum Tanz

Mein Korper liegt hier wie begrben
Gierige Fliegen umkreisen meine Glieder
Schatten meiner Angst
Steht auf
steht auf
Einmal noch
Ein letztes Mal noch:
Der Stahl ist zum StoB bereit

Zachary-Berlin-Januar 2006


Tiga jam bersama-sama Jeffri abangnya untuk menghabiskan cerita sebelum mengakhiri perbualan. Eva masuk ke kamarku seorang diri dan cuba membaca buku, namun se­panjang waktu terdengar telefon yang tak berhenti-henti berdering sejak dua hari yang lalu. Dia memutarkan lagi Hi-finya, kali ini dengan lagu emotionally torturing, jazz, swing dan R&B seperti di dendangkan oleh Frank Sinatra, Mariah Carey, Ella Fitzgerald pula menari-nari mendayu di telinganya. Dia memandang dinding biliknya yang berwarna orange dan pink. Dia terpandangkan sebuah lukisan Van Gogh yang ditepinya terselit sebuah puisi roman yang kecil dan indah, ditulis oleh kekasihnya, Paula Worpswede sebelum kematiannya.

Di tengah pekat malam Eva belum tidur. Seperti biasanya. Dia membuka laptop dan mengetuk-ngetuk huruf dan tanda baca. Mencari ilham untuk menulis satu dua puisi. Lalu dia teringat kata-kata yang ditemuinya saat senja tadi. Menulis kata-kata hingga rona matanya pada selembar kaca maya. Ada seseorang yang mengenalinya di dalam Yahoo Mesengger-nya. Dia menyapanya:

Hey, La Diva,


Aku Zack, aku kini berada jauh darimu, jauh dari Malaysia kerana aku benci berada di keramaian dengan pelbagai sudut dan situasi, di suasan fesyen ranggimu. Bersama diri kau yang palsu. Aku lagi suka dirimu tidak ada secalit warna gincu dibibir. Asli dan menawan.

Hahahaha....! Aku membalas. Dalam hatiku siapa yang mencela keindahan. Itukan milik Tuhan. Lelaki seperti Zack ramai yang munafik tentang keajaiban dan keinginan mengenai kecantikan! Ah sudahlah! Aku yang sempurna dimatanya.

-----Aku ingin menceritakan banyak perkara padamu Eva! Sepanjang lawatan ke Paris bulan lalu memberikan aku bahawa betapa kota raya yang terkenal itu, sungguhpun diiktiraf sebagai bandar raya fesyen sedunia yang serba moden, masih menghargai seni bina dan membelai keaslian lama warisan mereka. Itulah sumbangan mereka dengan memelihara simbol ketamadunan sebuah bangsa maju tanpa mengorbankan keagungan masa silam. Muzium malah hotel-hotel terkemuka seperti Hotel Ritz Paris milik jutawan terkenal Mohamed AI-Fayed, dipelihara keaslian reka bentuk dan ciri-ciri asalnya, sesuatu yang harus dicontohi dan menjadi kebanggaan rakyat Perancis sendiri. Malah istana presiden yang digelar Elysee Palace masih segar dengan hiasan dalaman yang mengingatkan kepada zaman kehebatan Napolean Bonaparte. Suatu hari nanti pasti kau akan kemari Eva.--------

----Kisah ini telah kutitipkan pada batu, telah kubisikkan pada nyala lampu. Dan aku lupa cerita tentang kau Eva yang pernah mengajakku menatap atas langit pada senja menjelang petang, sesaat setelah hujan. Sebentar lagi akan ada Matahari di genggamanku telah ia pindahkan dari jantung langit di atas, di sematkan lagi pada pojokan lain sisi langit di seberang bumi tempat kita berada. Akhirnya warna-warni seusai hujan itu kelihatan. Aku telah belajar menulis seperti ini daripada kau Eva. Karya-karya yang menakjubkan sememangnya ada disana Eva. Aku sudah pandai menulis metafora puisi yang kau selalu berikan.


Eva di depan kaca layar itu tersungging senyum yang dibuat-buat.------

-----hahahaha!- aku ketawa.........lepas!


-----Hey, la diva! aku ingin sekali bertanya tentang langit dan pendapatmu. Apakah kita saja makhluk yang mendiami galaksi ini. Mengapa bintang begitu banyak. Benarkah blackhole melahap setiap cahaya dari semua bintang yang berada atau melintas di dekatnya?-------

-----Apakah kau ada pengalaman tentang segala sesuatu yang ada diluar angkasa?-------Dan aku menulis kata-kata itu kepada Zack.

----Ketika malam suatu ketika dan, aku pernah bertemu dengan salah satu dari mereka: Origins. Penghuni Jupiter. Waktu itu makhluk itu bertenggek di atas pohon kelapa. Dulu, luar pagar rumahku memang rimbun dengan pokok-pokok yang besar-besar. Aku menyaksikannya dari luar beranda. Pada mulanya aku tak percaya. Tapi benar, dia terbang. Mendatangiku tanpa sayap. Lantas menghujaniku dengan senyumnya yang senyap.

----Tidak! Tentu saja tidak! Kepalanya tidak bundar seperti makhluk E.T yang dibuat Steven Spielberg dalam filemnya. Tangannya tidak panjang seperti bentuk tubuh alien yang ada di Film X-Files atau makhluk asing luar angkasa di filem The Sign oleh sutradara Hollywood berdarah India, Night Shyamalan. Tidak, dia tidak memiliki bentuk tubuh alien yang biasa dipersepsikan oleh kebanyakkan kita.----

-----Eh! Aku rasa itu hantula Zack! Kau tak rasa begitu ker?- ---aku bertanya telat dalam YM dengan ikon-ikon say cheese yang lucu.

-----Eh, betul Eva, kau dengar ! Dia seperti bukan berasal dari bangsa alien. Dan dari jenis kulit serta besar badannya, sepertinya dia juga bukanlah sejenis alien yang berasal dari bangsa Vega. Tidak! Selain tubuhnya yang lebih jangkung dari aku, dia sama seperti kita. Tangannya dua. Pelipisnya satu. Mulutnya satu. Berdagu. Dan yang jelas ia memiliki hidung dan dua pasang biji mata. Tapi dia kata, dia mengaku tinggal di planet Jupiter dan pernah pergi ke syurga.------

----hahaha!--- Aku tertawa.

---kau jangan berlawak dengan aku Zack!-----

--------Ya! Betul ini kemudian aku tawarkan teh hangat dan kuajak dia bercakap di beranda. Tapi ia memintaku melihat sesuatu dia atas atap rumahku. Akhirnya aku berbual dengannya dan aku tanyakan di mana letak syurga?-

----Kau ni sudah gila Zack?-----

----Iya dengar dulu Eva, aku ingin mendapat petanya. Dan kalau tentang syurga telah kudapat dan arah jalannya telah kutahu, kelak akan kusiapkan segalanya.----

Oh tuhan!, dalam benakku saat itu, aku membayangkan menjelma seekor makhluk yang digambarkan Zack. Seorang lelaki yang kepalanya dilengkapi aksesori topi cowboy, menjelajah mencari harta karun, di sebuah filem tentang sebuah dunia yang hilang.

----Bila harta karun yang diburu melalui petunjuk peta, mengapa syurga tidak berlaku perkara yang sama? Aku ingin tahu bagaimana rasanya jadi penghuni syurga, indahkah? Bagaimana rupa bidadari? Apakah juga tersisa bagimu Eva bidadari lelaki yang perkasa? Lawak jenaka dan mampu membuat kau selalu ketawa? Hey, la diva, mahukah kau ikut aku ke Jupiter?-

-hey, Zack! Ini kerja gila? Kenapa dengan kau? Adakah kau masih dalam mimpimu pergi keangkasa? Sudahlah kau sedang belajar menciptakan sesuatu rekaan untuk kebulan? Bukankah kau disana untuk belajar?- Eva mula ragu-ragu dengan teman lelakinya yang sudah gila rekaan-rekaan sains dunia. Ingin menjadi sehebat Albert Eastien. Hahahah....!

-----Aku nak tidur Zack! Nanti chit chat lagi.......!bye----

Eva menutup laptopnya. Mengarut saja si Zack ini! Aku tak faham seekor alien datang dalam bentuk manusia. Mungkin zombie agaknya! Alien dalam bentuk jantina kelamin lelaki berjumpa dengan Zack ditengah malam. Adakah alien itu Gay!

Hahahah......iya aku akui Zack itu teman lelaki yang gila...! Manusia hybrib. Seperti juga aku yang gila pada puisi dan falsafahku. Eva mencapai buku puisi karya Rabindranath Tagore berjudul The Gift, membuka lembaran mukasurat ke-38 di dalam buku penulis itu Crescent Moon.

Lagu milikku ini ingin menghembus
muziknya ke sekelilingmu, anakku,
bagai lengan kasih mencintamu.

Lagu milikku ini hendak menyentuh
dahimu, anakku, seperti kecupan
doa restu bagimu.

Ketika engkau sendiri, lagu milikku
ini, anakku, akan duduk di sisimu
dan berbisik di telingamu. Ketika
engkau berada di tengah kerumun,

anakku, lagu milikku ini akan
memagarimu: menjaga jarakmu.
Laguku akan berubah jadi sepasang
sayap ke mimpi-mimpimu, membawa
hatimu ke ambang ketaktahuan.

Laguku akan menjelma jadi bintang
yang setia berada di atasmu, ketika
gelap malam menutupi jalanmu.

Laguku akan duduk di hitam matamu,
dan membawa pandanganmu
menembus ke hati benda-benda.

Dan ketika suaraku bisu dalam maut,
laguku kelak akan tetap berbicara
dalam kehidupan: hatimu yang hidup.

Akhirnya Eva tertidur setelah menelan pil tidur dua biji melebihi dos biasa. Ke­damaian yang sempurna kembali menye­limuti dirinya dengan bayangan zombie-zombie milik Zack.

****************************************************************

Zachary

-Eva!-

Zack nekad menghantar email kepada Eva. Dia ingin sekali berkongsi keadaannya bersama kekasih hatinya.


To: ladiva@yahoo.com
From: zacharian@yahoo.co.us
Subject: AlienWorkshop
Date: Mon, 10 Jun 2006 18:21:05 +0800

Dearies La D'va

Selepas ini Eva, kau akan kata aku gila! Katanya, di syurga sama saja. Walaupun indah tetapi semuanya terlalu mudah. Rupanya dia tidak suka kehidupan yang teramat menyenangkan. Dia salah satu penghuni galaksi yang juga inginkan penderitaan.

Dalam setiap saat aku merasa menjadi begitu dekat dengannya. Aku merasa mendapat teman. Entah mengapa aku selalu berfikiran kebahagiaan bukanlah teman yang menyenangkan. Aku inginkan hidangan lain, sebuah menu yang lengkap dengan makanan bernama sup penderitaan. Itu katanya. Dan kami menjadi akrab. Aku merebahkan kepala di pundaknya dan dia menatap langit yang tak kelihatan. Dia juga bercerita tentang perasaannya. Hal yang membuatnya datang jauh-jauh dari luar galaksi.

Eva! Makhluk itu sangat kegelisahan dengan sesuatu yang telah bersemayam lama di benaknya. Ia bertanya tentang benarkah manusia hanya umat makhluk paling bijak di semesta? Untuk apakah sebenarnya para ilmuwan dan sarjana berusaha mencari bentuk kehidupan di luar bumi? Untuk dipelajari? Atau hanya sekadar ingin tahu bahwa penghuni semesta bukan manusia sendiri? Apa yang akan dilakukan bila makhluk-makhluk asing itu sebenarnya ada? Bagaimana kalau pencarian mereka hanya sia-sia semata.

Aku terdiam, itu pertanyaan terjanggal yang pernah kudengar. Mengingatkanku pada pelajaran aku disini. Dalam setahun, Badan Penerbangan dan Antariksa Nasional Amerika (NASA) boleh menghabiskan dana yang sepatutnya digunakan untuk memberi makan seluruh rakyat Somalia yang kelaparan. Projek pengembangan interferometer infra merah. Alasannya, teleskop tradisional dan teleskop angkasa Huble belum dapat membantu pencarian makhluk Extra Terrestrial. Cahaya bintang-bintang menghalangi planet-planet yang mengorbit di dekat bintang-bintang tersebut. Bagaimana kalau pencarian mereka hanya sia-sia semata…

Lelaki itu menatapku dan aku berbalik menatapnya, --Bagaimana pendapatmu, sahabatku?---

Lelaki di hadapanku tak menjawab. Ia hanya mengulurkan tangan kanannya ke arah tanganku. Memegangnya lama dan tiba-tiba mengangkat tangan kami yang berjalinan ke arah angkasa.

----Cuba kau jentikkan tangan kirimu----perintahnya.

Aku mengenyitkan dahiku bingung tapi melakukan apa yang dimintanya. Saat bunyi jentik jariku usai, suatu benda yang begitu besar tiba-tiba kulihat menggantung melayang. Mengambang tak jauh dari genting atap rumah sebelah. Benda itu bercahaya, berbentuk segitiga. Lampu-lampu sorot berukuran besar yang sebelumnya belum pernah kulihat, seperti mengeluarkan sinar yang menyilaukan. Tidak terdengar bunyi deru mesin meski pesawat itu menyala. Seseorang sedang melakukan operasi dan pengendalian di dalam sana.

Mataku dipenuhi silau. Tangan kiriku kunaikkan di atas pelipis. Melindungi mata. Tangan kananku masih erat dalam genggaman lelaki yang baru kukenal dalam hitungan jam.


******************

Tiada ulasan: