Isnin, Jun 12, 2006


LA D'VA 4- ZACHARY vs EVA


Der Stumme- (Si bisu)

Gespreizte finger (gigi yang tua)
Rinssige Hande (rahang yang merah)
Zwei Stummel von Zahnen (jari yang terbuka)
zwischen wunden Lippen (gengam yang pecah)
Eine lahme Zunge (bibir yang luka)

Seine Worte hat er (lidah yang lincah)
schon lange (jauh dari)
aus Angst (rangkaian kata)
in seiner Brust vergraben (sekian lama)

Da schuttelt ihn ein Lachen (terpendam dari debar dan dada)
Er lacht und lacht (ia tiba-tiba tertawa-tertawa)
und hort nicht auf (tidak hentinya)
Zachary-Kuala Lumpur 2000

Eva dan Zack rakan sekolah lama. Di sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Jaya, sebelum Eva bertukar kesekolah baru selepas setahun disana. Hari pertama masuk ke sekolah baru, Eva datang terlambat. Semua bangku telah penuh. Hanya satu yang masih kosong, sedikit agak kebelakang. Bangku sebelahnya juga telah terisi, ada beg kain Adidas yang tergantung di situ tetapi batang hidung penghuninya belum nampak.

Seorang budak lelaki masuk ke ruangan kelas, dandanannya berserabut. Rambutnya ala model punk-rock. Dengan jaket Tropicana warna blue black dan cap Iron Maideen. Bahagian atasnya berdiri tapi sisi kiri-kanannya tipis yang nampak kulit kepalanya. Sewaktu Zack itu dengan tak acuh duduk di bangku sebelah, seketika muncul rasa tidak senang didalam dada gadis itu.

Budak lelaki itu benar-benar teruk. Berkali-kali semua guru menegurnya dengan model rambut itu. Si Zack memotong bahagian atasnya, gayanya semakin jengkel lagi di mata Eva. Ia tidak peduli pada apapun. Bukan hanya pada teman-teman barunya, tapi dia juga tidak peduli dengan pelajaran barunya. Selama di kelas, Zack itu lebih sering membaca buku lain daripada buku pelajaran. Membaca dengan mencuri-curi. Bukunya di letakkan di pangkuan. Tangan di dahi menutupi wajahnya yang menunduk. Eva anggap model lelaki kacak Zack ini sedang melahap bacaan porno playboy.

Ujian demi ujian dalm kelas tingkatan empat itu mendapat markah lima puluh peratus. Sangat sedikit pelajar yang dapat lapan puluh. Eva sendiri hanya memperoleh markah sejarahnya 85%. Sewaktu Zack di sebelahnya itu dipanggil, Eva tidak percaya pada pendengarannya sendiri.

--Zack...seratus!--Mendadak kelas terdiam. Semua mata memandang ke arah lelaki itu. Tapi dia tetap tidak peduli. Berdiri tenang, beranjak ke depan kelas. Guru killer itu menegur kemeja Zack yang tidak dimasukkan dalam seluarnya. Masih dengan gaya dangkal tidak kemas dia hanya merapikan kemeja sekadarnya. Berjalan mengambil kertas ujian itu. Sewaktu kembali ke bangkunya, dia langsung tidak memperdulikan satu mata pun yang memandangnya.

Sejak itu Eva tahu, setiap pelajaran Zack tidak pernah di bawah 80%. Matematik dan fizik lebih banyak 100% daripada sembilan puluh. Kertas-kertas ujiannya selalu beredar setelah diberiikan guru, untuk dipelajari oleh murid-murid yang bercita-cita meraih ranking top student, dan Zack itu masih tetap dengan gayanya....tidak pedulinya.

Eva bengang. Mendapat lapan atau sembilan peratus untuk matematik atau fizik, baginya sangat berusaha keras. Sangat konsentrasi dikelas dan mengulangkaji di rumah. Bapanya membayar seorang guru tuisyen di rumahnya. Tapi Zack itu? Melihat ke papan hijau didalam kelas sekali-kala, dan itu pun hanya sekilas. Eva tidak yakin Zack itu belajar di rumah. Gadis itu semakin ingin tahu, buku apa yang dibacanya? Ia curiga, Zack membaca ringkasan matematik atau fizik.

Di waktu rehat dan Zack merayap entah kemana, dengan takut-takut Eva mengintip buku-buku di beg Zack. Buku pertama tidak dikenalinya, Sang Nabi. Tercetak nama penulisnya, Khalil Gibran. Lalu hari berikutnya , buku yang dia lihat tetap tidak dikenalinya. Buku berikutnya Engines of Creations: The Coming Era of Nanotechnology penulisnya Drexler terbitan University Stanford.

Dari kanget, rasa itu berubah menjadi sedikit demi sedikit berubah menjadi kagum. Zack seorang scorer. Gadis itu mulai mencuri pandang ke teman sebangkunya. Model rambut tegak itu selalu mengganggu pandangannya. Ia menyukai lelaki yang rapi, bersih dahulu, seperti Sham ketua kelas dan ketua pelajar.

Semakin lama Zack merasakan, awek di sebelahnya semakin sering melirik ke arahnya. Awek yang pada pandangannya kekanak-kanakan. Manja. Sudah di sekolah menengah masih membatasi meja dengan garis membelah di tengah-tengahnya.

---Ini kawasan aku.----sambil menunjuk meja bahagiannya,

--Sebelah sana aku tak tahu siapa punya-------. Letus suaranya. Zack sangat hairan, kenalpun belum, tapi awek itu sudah menunjukkan rasa tidak sukanya.

Mula-mula dia tidak peduli. Zack tidak peduli banyak perkara sekelilingnya. Hanya satu hal yang menarik perhatiannya, yang membuatnya jatuh cinta. Tulisan. Karya sains dan sastera. Ia begitu mengagumi, bagaimana seorang penulis melukiskan perasaan dan bagaimana menuju keangkasa raya.

Dia juga hairan, mengapa banyak rakan-rakan sekelas begitu mati-matian untuk mempelajari matematik, juga fizik dan aliran sains yang lain. Apa susahnya? Semua begitu jelas. Dalil dan rumus-rumusan yang jelas. Zack sedari kehidupan ini telah ditentukan secara struktural oleh sebuah institusi yang dinamakan sekolah. Pada peringkat awal, secara formalnya dia masuk kesekolah setelah berumur tujuh tahun sehinggalah melalui tahap-tahap tertentu yang telah ditentukan oleh mekanisme peperiksaan sampai ke universiti atau pusat pengajian tinggi.

Beban psikologi yang ditanggung adalah pada peringkat awal lagi, sekolah telah memisahkan murid yang terpilih dan yang tidak terpilih. Murid-murid yang terpilih sudah tentunya akan melalui jalan yang mudah untuk berjaya pada tahap akademik selanjutnya dan seterusnya memasuki universiti yang mana pada akhirnya akan menentukan tahap kejayaan kehidupan mereka melalui kerjaya atau pengkhususan bidang yang telah dipilih.

Dia lebih sangat hairan lagi, rakan-rakanya merebut untuk melihat kertas ujiannya setelah diberikan. Mengapa mereka menyukai makanan yang telah dikunyah orang? Bukankah mereka memiliki buku sendiri?

Pada Ady, rakan rapatnya dia berkata,

----Buka bukunya, lihat isinya, fahamkan jangan belajar sesuatu yang sudah dipelajari orang lain----

Ady hanya melongo mendengar cara Zack belajar.

--Cuba kau fahamkan senario sekolah secara tidak sedari telah mewujudkan suatu kasta dalam masyarakat, iaitu masyarakat yang berjaya dan masyarakat yang tidak berjaya. Tidak hairanlah aku menganggap sekolah sebagai candu sosial.---Terang Zack.

---Hey Zack! Ibu bapa kita yang menggantungkan nasib hidup anaknya kepada pendidikan sekolah. Dipuja sekolah sebagai harapan satu-satunya Tuhan didunia.

--Aku fikirkan sekolah mengingatkan aku tentang hakikat pendidikan terhadap dunia manusia. Merdeka adalah fitrah yang telah dibawa manusia sejak kehadirannya di dunia dan pendidikan harus sejalan dengan hakikat itu.---

Tetiba Eva mencelah perbualan itu,

--Ya, perkara ini disebabkan manusia ialah penguasa atas dirinya sendiri.----

Eva melontarkan buku didepan Zack, Paulo Freire, salah seorang tokoh pendidikan The Politics of Education: Culture, Power and Liberation. Lalu meneruskan kata-kata;

---Proses pendidikan ialah memanusiakan manusia, yang bererti kemerdekaan atau pembebasan manusia daripada situasi yang menindas yang di luar kehendaknya.---Jelas Eva. Zack memandang kelat kearah awek di sebelahnya. Alih-alih muncul seperti hantu. Tetapi kagum.

---Bertolak daripada pandangan Freire, pendidikan sekolah haruslah berorientasikan pengenalan realiti yang objektif mahupun subjektif kerana kesedaran subjektif dan kemampuan objektif merupakan fungsi dialektik iaitu berfikir secara logik dan teratur dalam diri manusia sehubungan dengan ke­nyataan yang selalu bertentangan yang harus difahami dan dihadapinya. Kecanduan kepada sekolah memotret kepada kita bagaimana sistem pendidikan moden telah banyak melahirkan manusia yang terasing daripada realitinya sendiri dan realiti dunia sekitarnya.----

Pada mulanya kelas itu hanya ada 3 orang anak manusia berpakaian sekolah membahaskan sekolah yang di duduki mereka. Sehingga semua rakan mereka memandang dan melihat perdebatan dan pidato kedua-dua budak yang bijaksana itu. Masing-masing datang mendekati.

-----Pendidikan persekolahan bukan alat untuk kekuasaan tunduk ke­pada ideologi dan sistem yang direkaciptakan. Harus memberi kebebasan bagi setiap orang untuk mengatakan dengan kata-katanya sendiri dan bukan kata-kata orang lain. Sebenarnya, individu itu sendiri yang menentukan masa hadapannya, bukannya negara, sistem atau mana-mana lembaga atau institusi tertentu melalui suatu ideologi yang dipaksakan.----Zack melaungkan kata-katanya dengan jelas kepada pelajar-pelajar di dalam kelasnya.

----Aku faham, maksudnya sekolah harus dipersalahkan kerana kegagalannya untuk memanusiakan manusia sebaliknya mengelaskan manusia sebagai yang berjaya dan tidak berjaya menurut ukuran ekonomi. Pelajar-pelajar di sekolah menjadi mangsa kepada sistem dan dasar yang sentiasa berubah-ubah, siapa lagi kalau tidak murid dan kita semuanya bagaikan bahan yang boleh diuji kaji.------Eva bangkit semula dan duduk disebelah Zack. Mereka tersenyum sambil memerhatikan rakan-rakan yang masih tercengang-cengang.

Tiba-tiba Zack menyampaikan beberapa prosa kata;

---Anakmu bukan anakmu, anakmu adalah putera-puteri kehidupan, itu kata Gibran...ini baru menarik.----Wajah Zack tampak berbinar. Rakannya makin melongo lagi. Ada yang ketawa dengan puisi itu.

Lirikan itu makin terasa di hatinya. Ada getar yang belum pernah dirasakan sebelum ini. Ssewaktu Eva menghentikan perang dingin dengan menghapus garis meja. Juga suaranya tidak lagi garang. Senyum manis gadis itu mulai diberikan padanya. Senyum yang membuat wajah Eva tampak sambil menjeling kearahnya

Zack mula bertanya-tanya ----Inikah yang dirasakan dalam dadanya, ketika pertama kali melihat La D'va di depannya!-----


Tiada ulasan: