Rabu, Jun 14, 2006

LA D'VA 5 - GERGIO

Von Punkt zu Punkt (Pengembara Malam)

Ich wandere des nachts (aku ini adalah)
von Punkt zu Punkt (pengembara malam)
von Stund su Stund (dari titik ke titik)
aur der Suche nach (dari detik ke detik)
dem schwarzen Geheimnis (mencari sesuatu)

Ich weiß (aku tahu)
einmal (suatu waktu)

in einer unvorsichtigen sekunde (ia akan menerpa kemuka)

schlägt es mir mitten ins Gesicht (bila aku tidak waspada)

Blind großen augen (aku akan meraba liar)

Wild im Deunkel tappen (dengan mata terbuka lebar)



ZACHARY

kau terima kenyataan itu Zachary?

Aku pernah menceritakan kepada kau dahulu semasa itu Ibuku telah menghamilkan anak Alien!

--Dan kau adalah manusia hybrid, hasil persilangan hubungan aku itu. Kau lahir dan rahsia ini tiada siapa yang tahu Zack.---ibu Zack, Zakiah seperti tidak mampu berkata-kata lagi! Mulutmu terdiam dan suara berat nafas terdengar mengembus dengan dalam. Berkali-kali dan berkali-kali...

--Lagi Bu..-- ucap Zack akhirnya. Lemas. Tetapi aku tahu fikiran manusia bertanya-tanya, apakah ceritaku nyata ataukah cuma karangan belaka.

--Origins dari Jupiter, mengaku tersesat. Dia dan pesawatnya terdorong oleh distorsi medan graviti. Telah mengubah graviti menjadi tenaga yang digunakannya untuk terbang semula untuk pulang. Tetapi mereka memerlukan waktu untuk tinggal sementara. Sambil memperbaiki pesawatnya yang rosak, ayahmu itu cuba mengenal bumi. Akulah manusia perempuan pertama yang dilihatnya. ---terang Zakiah bersungguh-sungguh.

Aku pada mulanya tersenyum mendengar bahagian itu. Seperti membaca karya-karya science fiction di TV.

--Origins, seperti juga makhluk luar angkasa lainnya hanya menggunakan tubuh manusia sebagai station sahaja. Tempat singgahan mereka untuk sementara. Aku langsung tidak mengenali Ayahmu, sebenarnya---

--Ya, ibu hanya bertemu dengan Origins bapamu itu sekali saja. Dan malam itu setelah ibu menjentikkan jari tangan, kami memasuki pesawat miliknya. Sangat luas. Sangat canggih dan terang. Dan tiba-tiba dia bercumbu dengan ibu. Terus terjadi adegan yang sudah kau boleh teka....persenyawaan.--

---ibu tak sedar apalagi yang kami lakukan seterusnya. Ibu hanya tahu, pembantu di rumah nenekmu, berteriak menjumpai tubuhku. Ibu telah hilang dua hari dua malam, semasa mereka bertemu tubuh ibu. Ibu terbaring di atas genting. Seterusnya ibu hamil. Nenekmu menjadi kacau bilau. Setiap hari bertanyakan siapa bapa dari janinku. Dan aku hanya menunjuk arah tangan ke angkasa. Seperti kau juga Zack, dia juga tak percaya. Nenekmu menjadi bingung dan akhirnya meninggal dunia. Ibu datang ke kuala Lumpur dan ibu tak pernah hamil dengan manusia biasa. Apa bentuk maksiatkah hukumnya bila bersetubuh dengan makhluk luar angkasa? Lagipun ibu tak sedarkan diri bagaimana perkara itu terjadi--

[Dia cuba memejamkan matanya cuba menjelajahi ruang 'rahim' (pembenihan hayat), melegarinya dan keluar daripadanya (kelahiran [semula]). Ketika mengitari ruang rahim ibunya, dibangunkan sebuah lapangan 'rahim' imaginasi, memasuki depan pintu rahim dan dinding-dinding uterus dihias pelbagai bentuk benih-benih hayat berkisar ligat dengan misteri yang tersimpul pada simbol bulatan, cincin, kosong, sfera. Selepas menembusi lendir pangkal rahim dan mendapatkan tenaga pergerakan, dia perlu menempuh satu perjalanan yang jauh untuk menemui telur pada muncung saluran fallopian.Dia cuba menyelusuri bentuk-bentuk semiripnya. Di masuk kedalam metafora sebuah 'rahim' berpandukan idea yang konseptual yang luar biasa. Kembara merentas ruang penggambaran jiwa-sika bapanya manusia hybrid dalam perjalanan menanggapi aturan-aturan matriks: wanita-bapa, anak-ibu, aliem-bapa, bentuk yin yang yang menjelma dirinya..]

Apa yang aku pelajari dan tertulis di bahan-bahan, kebanyakan planet ekstrasolar berada terlalu dekat atau terlalu jauh dari bintang induknya. Sehingga suhunya terlalu panas atau terlalu dingin. Dan aku mengkaji anggapan para sainstis, keadaan ini memberi peluang adanya kehidupan. Tetapi ini tidak berlaku pada planet-planet yang terletak dalam habitable zone dari pusat tata suria bumi. Seperti bumi, planet-planet itu memiliki temperature yang berkemungkinan wujudnya aliran air dalam bentuk cecair. Kemungkinanan inilah menunjukkan adanya kehidupan. Laporan ini pernah dia dapatkan di SETI* iaitu menerima enam pesan suara dari angkasa luar dalam usia lima belas tahun dulu.

--Setelah kejadian itu, setiap malam ibu menatap langit, mencari Jupiter dan tahu kalau ayah kau akan memandang kita dan mengawasi kau dari atas sana. Melihat kau membesar dibumi.Dan kau memang luar biasa. Kau memiliki indra ke-enam. Akhirnya Zack, kau boleh menerima kenyataan ini tentang Ayah kau? Tentang siapa sebenarnya diri kau? Kau adalah Manusia hybrid.--

--Sudahlah Bu, hari dah malam. Kita masuk ke dalam rumah, sekarang.-- Zack menuntun ibunya. Dia tersenyum haru. Dia takjub melihat kedewasaan dan kecerdasan milik Zack.

Ah, adakah aku percaya pada ibuku?

*************************************************

JEFFRY


HARI ini, pagi nampak seperti ungu violet dan bekas-bekas hujan masih berona gerimis, saat Jeffry tiba di pejabat sekitar kurang lima belas minit pukul lapan. Dia melihat jam tangan buatan Swiss Ulyssse Nardin Diomond Blue melingkari tangan kirinya. Dibelinya tahun lalu di StarHill. Dia juga mengumpul koleksi jam tangan yang masyhur seperti Patek Phillipe. Gireard Pereguex, Piaget dan Vacheron Constatin.

Jeffry turun dari keretanya, menjejaki depan pintu masuk pejabat yang digenangi sedikit air. Sisa hujan semalam masih meninggalkan genangan becak. Langit berwarna kelabu dan dirundung mendung. Dia melangkah, mengharungi jalan yang basah dan kasutnya berwarna hitam keluaran Salvatore Ferragamo dan aroma David Beckam Instint membaluti tubuhnya. Dia mengenakan Cardigan knitwear yang berona neutral sesuai untuk kepejabat.

Pejabatnya masih lengang dan sepi. Hanya ada beberapa orang di hujung jalan, yang kelihatan seperti sebuah patung di etalase. Angin pagi telah menggigilkan tubuhnya. Dia menaiki lift tingkat 11, membuka pintu dan bergegas masuk ke dalam. Air condition di ruangan pejabat membuatnya rasa nyaman. Wangi aroma Emprio Armani tiba-tiba memenuhi ruangan dan silau di matanya yang terbiasi lampu akibat pantulan ke mukanya. Sekilas, terlihat bayangan di dinding, seperti sebuah lukisan gelap tanpa warna.

Dia menoleh di ruang depan senyuman manis resepsionist penyambut tetamu dipejabat itu. Jeffry menoleh sebelah kirinya sesusuk tubuh lelaki berkaca mata Esprit yang tidak dikenalinya sedang duduk termangu di ruang itu. Jeffry segera menghampiri dan memperkenalkan dirinya kepada tetamu itu.

Kehadiran Jeffry disitu secara tiba-tiba membuat dia sedikit terkejut. Dia menutup pintu, lalu membelok ke arah kiri menuju ruang kerjanya. Pagi itu, Jeffry menumpukan semua kerjanya dengan teratur, di meja kerjanya bertingkat tugas sudah menunggu sentuhannya. Sesekali dia menoleh kulihat lelaki tadi. Lelaki itu, masih duduk termanggu sedang melihat dan meninjau-ninjau beberapa lukisan beberapa karikatur, gambar orang-orang kenamaan.

Jeffry menyalakan notebooknya, kemudian menghirup secangkir kopi dan terus larut dalam rutin kerja sehingga telefon di mejanya berdering nyaring. Dia mengangkat telefon, terdengar suara sekretarynya memberitahu ada perjumpaan pengurusan.

--meeting apa lagi?-- bentaknya.

---Bukankah hari itu dah meeting ke?--

--Ini meeting di luar agenda!--jelas secretarynya dari gagang telepon. Suaranya yang mendesah, tertinggal di gagang telefon. Keningnya berkerut. Meletakkan kembali gangang ke tempat asal.

Jeffry segera bangkiti, menuju ketempat yang dituju. Tiba di meeting room, semua sudah berkumpul. Jeffry segera mengambil tempat, tiba-tiba memandang kesemua arah. Dia terpandang wajah-wajah yang tidak asing lagi baginya, kecuali seorang lelaki berkaca mata minus yang tadi kelihatan di ruang tamu. Dia duduk di sebelahnya, dengan muka yang menyiratkan tanda tanya dalam diriJeffry.

--Disini saya ingin memperkenalkan, Encil Saiful yang akan memulakan tugasnya hari ini di sini.-- suara serak Encik Ridwan.

Jeffry tersentak seketika. Di luar dugaannya, lelaki itu adalah editor baru sepertinya. Dia hanya mendengar sayup-sayup suara lelaki itu berbicara serta memperkenalkan dirinya.

Sepanjang mesyurat itu, Jeffry banyak diam, memegang kepala dan mematung seperti batu. Tidak sempat bertanya dan tak disedarinya tiba-tiba mesyuarat telah tamat. Jeffry masih duduk termenung seketika. Rencananya untuk kembali ke biliknya dan membuat segelas kopi agar tak mengantuk terbatal. Jeffry segera ke kantin kerana rasa lapar telah menggaru-garu perutnya.

Di kantin, Jeffry segera memesan makan dan mencari tempat duduk. Rupanya semua tempat sudah penuh, kecuali meja di sudut dilelaki berkaca mata itu. Jeffry melangkah ke arahnya.

--Jemput duduk!-- lelaki itu terpandang kelibatnya dan menyapa Jeffry disertai senyum yang mengembang.

Jeffry mengambil duduk berhadapan. Sambil makan, dia bercerita.

Bunyi dentingan sudu dan garpu dari piring mereka dan kebisingan kaktangan bangunan menghangatkan suasana. Lelaki itu berbual dengan ramah sekali. Jeffry terkesima dan perutku menjadi seperti mual akibat kata-kata yang meluncur dari bibir lelaki itu. Mengeluarkan teori sosial dan falsafah, teringat adiknya Eva.

--Aku fikir, lelaki di hadapanku ini memang seorang idealis, saat dia berbicara tentang cinta dan perempuan. Janggal sekali.-- Benak Jeffry bermain kata-kata. Saiful belum berkahwin, kerana dia seorang gay. Dan akhirnya Jeffry bangun dan ingin ke toilet. Sehingga selesai, perutnya masih terasa mual.

******************************************************************************

*Origins nama sempena program (NASA) untuk teleskop dibuat dengan memakai sistem interferometer. Teleskop ini dihantar di luar angkasa dan disebarkan ke sekitar planet Jupiter yang jaraknya 733 kilometer dari matahari.

*Search for Extra Terrestrial Inteligent. Teleskop untuk menangkap gelombang radio. Daerah sebaran dari observatorium di gurun Mojave, California, dan dilaut Puerto Rico. Mempunyai gelombang berfrekuensi antara 1.000 megahertz. Sementara komputer akan mencari 15 juta saluran setiap detik mencari signal inteligent.

Tiada ulasan: