Khamis, Jun 15, 2006

LA D'VA 6- SENSOR CINTA


[Aku lelaki sunyi terlahir dari rahim luka. Aku tak mahfum dengan lorong waktu yang menghimpitku dari pelbagai arah, sementara dalam diriku kata-kata seperti patung waktu, menangis lirih ketika nafas terhenti. Aku hanya ingin merdeka dari sepi. Hei!, masuklah dalam ruangku.]

2000

Aku mengagumi tulisan itu cukup memukau, lagi pula belum pernah aku menerima puisi yang bagus dari pelajar. Yang ada hanya puisi-puisi picisan, romantis. Bisik nalurinya.

Eva menyalin tulisan itu ke buku catatannya. Dia ingin membacanya ketika celoteh gurunya yang membosankan. Setiap kali ada peluang, dia akan membacanya. Dalam imaginasinya seperti apakah lelaki yang membuat tulisan indah ini?.

Dalam beberapa kalimatnya aku merasakan ada nada-nada kecewa, pemberontakan terhadap sesuatu atau seseorang, pemberontakan yang menghasilkan igauan. Undangan kepadaku? Masuk mengunjungi ruangnya? Dalam benak fikiranku muncul seorang karakter yang cukup menggoda. Dia terpandang Zack, rambutnya lurus menegak, seorang yang otak saintis dan penyair muda yang berbakat. Kerling matanya tajam, tubuhnya kurus, alis matanya tebal, wajahnya tirus. Seperti gambaran yang lukisan kanvas, cat minyak telah tersedia didepan matanya.

Seperti biasa, setiap kali Eva ingin melukis dia mengunci pintu biliknya rapat-rapat, Dia tak mahu ada yang mengganggunya, termasuk lalat dan deruan angin. CD Healing Forest dari Kitaro berputar di Hi-Finya. Caravansary mulai membanjiri telinganya dengan irama 4/4 yang lambat, meluluhkan segala fikiran-fikiranya yang gundah. Dia mulai fokus dengan apa yang akan dikerjakan. Yang paling sukar dalam melukis adalah goresan pertama.

Lambat tetapi pasti di memulakan tarian tangannya pada kanvas putih. Goresan demi goresan, lengkungan takdir, permainan warna, perasaan yang bersemayam bertaburan tanpa henti. Pray, Linden, Melancholy, Utopia, Never Let You Go dan Enbayment saling bersahutan di udara. Lukisanku belum menampakkan hasil. Dia berhenti sejenak, membancuh kopi pekat tanpa gula. Merenung tajam sambil memandang lukisan pucat itu. Sesekali dia menghembuskan nafas berat sambil membaca kembali tulisan itu. Kalau dia bertemu dengan penulis ini, mungkin tak sesukar seperti sekarang. Nyanyian Sacred Mountain/Sunrise menggema di udara.

Eva menatap lukisan pucat itu lama. Dia tak dapat menggerakkan jejarinya untuk menyentuhnya. Wajah dalam lukisan itu seperti ingin mengatakan sesuatu namun tidak dapat memecahkan isyarat yang ingin disampaikannya. Wajah dalam lukisan itu teramat pucat. Seperti melihat bangkai manusia yang telah lama mati. Saraf impulsnya mulai kejang tiba-tiba. Di tengah keganjilan yang berlaku tiba-tiba komputernya menyala, ada Yahoo Mesegger dan webcam memberi isyarat untuk dibuka dan ada gambaran seseorang didalamnya yang menyedarkan dalam lamunannya.

Eva menatap lelaki pucat itu dan di skrin kaca notebooknya. Dia mula merasakan sesuatu kuasa yang lain emngawalnya, dan ketika menatap wajah itu lelaki pucat yang sukar untuk tersenyum. Lelaki pucat yang menanggung derita berkepanjangan. Lelaki pucat yang sunyi. Zachary.

zacharian>> Eva!. Memanggil namanya.

ladiva>> Zack! Kenapa? Ucapnya walaupun tak terlalu yakin.

zacharian>> La D'va, kau yang pilih untuk aku boleh hidup lagi. Kini aku harap kau menolongku Eva.

Eva tetap tenang memandang webcam di dalam skrin itu. Matanya begitu tajam, menyapu seluruh muka lelaki itu.

ladiva>> Kenapa Zack apa yang boleh aku tolong kau? Tanyanya.

zacharian>> Eva, kau akan membaca kisahku didalam email kau kan? Tetapi aku ingin bantuan kau untuk aku terus hidup setiap hari.

ladiva>> Aku sudah membacanya Zack!. Dan aku memahaminya. Bila boleh aku datang kerumah kau dan melakukan perubatan itu untuk kau Zack? Pastikan tiada siapa yang mengetahuinya.

zacharian>> Thanks Eva! Aku tak pernah tahu ada manusia yang mengerti perasaan aku begini. Dan aku memilih kau kerana keupayaan kau Eva! Tolong aku! aku ingin menjadi manusia biasa suatu hari nanti. Aku lelaki sunyi yang terlahir dari rahim sonsang. Aku mengharapkan keikhlasan yang dapat mewujudlah diriku yang aku harapkan selama ini.

ladiva>> Adakah yang menulis puisi itu? Aku jumpa dalam tong sampah!

zacharian>> Ya! Aku yang tulis puisi itu.


[Dia manusia hybrid antara cybernetic dan organisma sebuah sistem peleburan antara organik dan mesin dan antara sistem sel hidup dan artificial. Partnership antara mesin dan organisma manusia; simbiosis yang diatur oleh sibernetika. Ssistem organisma gen manusia (ibu) tubuhnya dapat meningkatkan pelbagai kemampuan, kekuatan, memori, daya fikir dan daya tahan yang berlipat ganda. Exoskeleton di dalam sistem tubuhnya mungkin mempunyai kekuatan 1000 kali lebih kuat berbanding seorang lelaki yang terkuat. ibuku, hasil mutasi dari evolusi manusia. Tubuh yang terdiri dari materi genetik yang bernama DNA dan RNA. DNA inilah yang mengatur genotip dari suatu individu. Fenotip, kemunculan makhluk hidup (makhluk asing), merupakan kombinasi dari genotip. Ketika terjadi mutasi, terjadi perubahan materi di dalam DNA. Mutasi ini kerana radiasi, bahan kimia, dan virus.]



zacharian>>
Eva! semasa pada tahun lalu aku didatangi dua orang manusia yang melakukan kajian ke atas gender. Mereka adalah mengesanku dan ibuku berdasarkan cap jari yang berbeza dari manusia lain. Dan di jariku tidak ada sebarang garis yang membezakan setiap manusia. Ibu dan aku dikesan mereka. Sebelum aku dihantar pulang oleh lelaki Semir Zeki dan Andreas Bartels dari Welcome Department. of Cognitive Neurology of Uni­versity College, London. Mereka menggunakan diriku untuk menguji alat functional Magnetic Resonance Imaging (fMRI) atau alat sensor berdasarkan gelombang magnetik saraf untuk mengesan perubahan aliran darah atas jaringan saraf yang berbeza dalam otak wanita dan lelaki normal. Daripada kajian itu adanya perbezaan dalam tindak balas yang diberikan saluran oleh saraf otak wanita atau lelaki apabila diperlihatkan gambar seseorang yang mereka cintai dalam diriku.


ladiva>> kenapa mesti menjalani ujian tersebut Zack? Bukankah kau lelaki normal separa manusia juga.



zacharian>> Tidak Eva! Aku, aku tidak mempunyai sebarang nafsu libido Eva. Kalangan penyelidik telah menjumpai perbezaan neuro­logis yang ditemui dalam kajian Zeki dan Bartels itu dalam diriku keunikan sensasi yang selama ini dikaitkan dengan cinta, termasuklah perasaan euphoria, rasa keinginan mendadak, demam cinta dan ketagihan cinta. Setakat ini, dalam hal neurochemical dan anatomi otak, saraf medial insular akan memacu perasaan yang berbunga-bunga dan dibahagian anterior singular cortex, caudate nukleus dan putamen menjadi titik­-titik panas yang masuk dalam saluran apabila seseorang melihat orang yang dicintai­nya. Bermakna aku perlu disuntik sejenis vaksin oxytocin untuk aku mempunyai perasaan seperti kegembiraan, tidur, selera makan, dan obsesi terhadap kau Eva. Suntikan itu perlu dilakukan oleh kau Eva. Tolong aku menjadi manusia yang ada perasaan.

ladiva>> selepas suntikan itu apa akan terjadi Zack? Apa yang perlu aku lakukan zack?

zacharian>>


Eva menyisir rambutnya yang terurai. Dia ingin mempelajari setiap sel yang melekat pada kulit dagingnya.

[Dia menyulam dimatanya bersama rona-rona
menghidangkan lunak biru. Kegirangan warna
kilat godaan cinta. Laksana mawar dibasahi
embun dinihari. Menyalakan semula sumbu
warna. Pipinya mengimbangkan mata
Satu menyerlah satu memudar.
Wajahnya baby face sweet natural glow.
Dengan sapuan sheer cream blush

to the apple of the cheek.
Melayang di didadanya tinted bronzer.
Orama malam Gucci Envy Me]


[pagut di leher dan fikirannya mengembara jauh ke negeri mawar, keharuman dirnya menjelma pada setiap ghairah. Tubuh bagai tak berdaya. Longlai. Tarikan nafasnya yang lembut membawa cahaya ke kamar tidurnya. Sekuat roh, dia tenang bersama pelayaran samudera. Lelaki itu ghairah seperti malam yang tiada kesudahan.]







DINGIN udara membuat Eva terlena. Zack sedang bersendar di kerusinya, menatap sekujur tubuh di depannya. Lelaki itu kini berwujud manusia hanya ada perasaan untuk sementara. Dia tersenyum. Dia ingin merakam save to permanent document seluruh anggota tubuh itu di dalam impuls-impuls otaknya.





***************************************************************

*fMRI untuk mengukur tingkat degupan jantung, tekanan darah dan tingkat testosteron untuk menemukan apa yang mereka sebut sebagai G-spot dalam otak.
a)
Penemuan ubat perangsang pertama yang mendorong tumbuh rasa cinta berbanding dengan nafsu.
b)
Alat pengesan cinta dalam pengadilan kes-kes tertentu. Contohnya, seperti bekas ratu playboy, Anna Nicole Smith, 26, yang berkahwin dengan jutawan Texas berusia 81 tahun, kerana cinta atau untuk memiliki harta warisannya,
c)
Sebagai salah satu cara untuk pemulihan terhadap golongan yang pernah menjadi mangsa kekerasan seksual.
d) Sebagai salah satu cara bagi kalangan agamawan untuk membezakan pasangan lelaki dan perempua yang ingin berkahwin berdasarkan nafsu seks atau memang benar-benar berdasarkan cinta.
e)
Bagi memastikan benar atau tidak adanya jatuh cinta pada pandangan pertama.
f)
Digunakan untuk memulihkan golongan yang berasa kehilangan ghairah libidonya.

*Oxytocin, iaitu harmon yang telah dikenal sejak sekitar 100 tahun lalu, Oxytocine hormon dari otak kecil dan diserap jaringan saraf ketika orgasme.

* Mesin + mutasi (ibu-manusia) + hybrid (makhluk asing-bapa) = cyborg mutan

* Helen Fisher, penulis buku The First Sex

*Fukuyama, Our posthuman future:Consequences of the biotechnology revolution.


Tiada ulasan: