Ahad, Jun 18, 2006

LA D'VA 7- SUREALIS



2000-American Gigolo


SUDAH lama Eva tak pergi ke kampus. Di bilik itu, hidupnya dengan lelaki hybrid berdarah mutan itu menemaninya. Ketika Eva melukis, dia akan memutarkan CD player, menyiapkan kanvas, kuas dan cat minyak. Dia membuat segelas kopi tanpa gula, hitam pekat. Kini aku tak perlu susah payah untuk mencari insiprasi dalam membuat lukisan, puisi atau novel falsafah kerana lelaki itu akan menyiapkan puisi-puisinya untuknya.


Aku tak peduli lagi dia datang dari mana, yang pasti aku sangat menggilai karya-karyanya. Eva telah membuat berratus-ratus lukisan. Anehnya setiap kali melakarkan kuas, semua sepeprti ingin menceritakan sesuatu. Kini biliknya yang tidak terlalu besar sudah penuh dengan berbagai kanvas lukisannya.

-Aku penat, Zack , kau ada puisi untuk disiapkan?-

-Ya, ada tapi ada satu perkara lagi yang perlu kau tahu Eva."

Setiap kali Zack bersuara, Eva hanya mendengar dengan setia. Maka terdengar huruf alfa yang riuh, seperti tapi hembusan roh yang menghidupkan jasad Zachary. Eva membaca puisi yang ditulis Zack. Menakjubkan. Dia membaca puisi tangannya seperti mengerti apa yang terkandung dalam bait-bait puisi tersebut. Semuanya mengalir perlahan-lahan dalam jiwanya.

[Melukislah seolah kau akan mati esok hari, dan aku akan terus menulis puisi kerana puisiku akan hidup selamanya dalam hatimu.]


-Mengapa kau terkejut?-

Zack telah membaca fikiran Eva yang di lukiskan ke atas kanvas lukisannya.

-Setiap kali kau Eva, aku melihat sebuah keyakinan dalam dirimu, keyakinan yang tak dimiliki oleh manusia lain."

-Keyakinan apa?-

[Dia menyedari alam bawah sedar untuk kesenian dan kesusasteraan. Freud orang pertama yang menerapkan pengalaman manusia ini pada psikiatri dalam memberikan ilustrasi. Para penyair dan pelukis, menggunakan kaedah surealis, kekuatan bawah sedar dalam karya. Freud membuktikan bakat seni dalam diri setiap manusia. Sebuah impian, adalah sebuah karya seni yang kecil, dan ada mimpi-mimpi baru setiap malam. Untuk mentafsirkan mimpi para pesakit, Freud menggunakan bahasa yang indah untuk mentafsirkan sebuah lukisan atau sebuah karya sastera.]


-Keyakinan yang kau mewujudkan segala yang kau ciptakan dalam kanvas itu. Adalah penting bagi seniman agar mampu membiarkan lepas. Eva, setiap seniman surealis berusaha memanfaatkan dengan menempatkan diri mereka dalam keadaan sesuatu terjadi dengan sendirinya. Seperti selembar kertas putih dan menulis tanpa memikirkan tentang apa yang ingin ditulis, tuliseu otomatis.

-Eva ada sesuatu yang kau kena lakukan untuk aku?- Ia mengangguk perlahan.

-Kau mesti mencari seseorang untuk memberi kau petunjuk mencari sebahagian dari diriku?-

-Siapa?-

Diiringi sunyi yang bersama tangannya melingkar di pinggangku. Dingin dibadannya seperti air beku. Zack mengeluarkan sesuatu di dalam baju, sebotol perfume yang dikenalinya.

- Setahu aku. Giorgio Armani, eau pour home melambangkan keanggunan klasik, haruman dengan sentuhan mistireus. Apa maknanya Zack?

-Kau kenal Giorgio Armani? Busana fesyennya yang sering menghiasi lembaran setiap majalah seluruh dunia. Sebelum dia menceberi bidang fesyen, dia adalah student perubatan. Dia berhenti belajar kerana takutkan darah manusia. Tetapi sebelum itu, dia telah mencipta sejenis baju yang membolehkan seorang manusia mutan akan bertubuh manusia. Kau perlu mendapatkan pakaiannya itu semasa pameran Giorgio Armani: A Restropestive di Muzium Guggenheim New York pada Jan 2006 nanti. Aku akan membuat pesanan kenapa kau bila saatnya tiba Eva. Kau saja yang boleh menyelamatkan aku.-

-Semasa pameran tersebut banyak pakaian yang akan dipamerkan, tetapi yang mana satu?-tanya Eva tergesa-gesa.

-Dia bersama rakannya Nino Cerruti telah mencipta jenama pakaian mereka yang pertama pada tahun 1974. Pakaian yang dipakai oleh pelakon Richard Gere dalam filem American Gigolo. Pakaian dibentuk daripada hasil teknologi silicon boy. Kod yang dipakainya bertema understated elegance. Kau akan berjumpa seseorang selanjutnya disana.

[Zack,diawasi system Chaos. sesuatu yang ada di mana­-mana: yang tidak dapat diramalkan pola arah tujunya. Chaos sudah memasuki pelbagai wilayah kehidupan.]

Tiba-tiba laptop dimeja study Eva menyala. das Ding an sich.!!!!!

- Eva aku terpaksa pergi.- Zack bingkas bangun dan menghampirinya serta memeluknya, tiba-tiba tubuh itu lenyap bersama aroma yang ditinggalkan.

-Zack!-

Setiap sudut aku mencarinya, tak juga nampak, begitu pula dengan beratus lukisan yang telah Eva ciptakan bersama-sama puisi-puisinya. Semua menghilang begitu saja. Dia kalut. Tiba-tiba seluruh badanku menggigil. Urat syarafnya menegang.

************************************************************************************************

EVANATASHA

[Lalu pada sang kala kukatakan
Tunggulah disini,
Catatkanlah kehidupan di atas bumi
Yang masa tiada hentinya
Datanglah sasmita,
Membawaku dalam kebahagiaan
Kunikmati kesenanganku,
Puncakku disini-Gothe Faust-]


EVA masih menunggunya di sini; bersama lalu-lalang penjalan kaki, di menara berkembar tertinggi, dibawah teduhan rimbun pokok dikotaraya yang dibangun dengan fikiran maju. Menunggu seseorang bukanlah sebuah sesuatu pekerjaan yang berat baginya.


Burung-burung berterbangan hinggap di depannya; di depan sebuah kompleks membeli belah. Di sekelilingnya ada ramai remaja bercanda dengan pasangan kekasih yang saling berpelukan, juga seorang ibu yang berkejaran dengan anak-anaknya, bersama seorang ayah memandang dengan senyuman duduk di bangku tidak jauh dari situ.


Eva sudah sering menunggu kedatangannya; di sebuah kafe di pinggir kotaku, di hotel Nikko berhampiran KLCC, sebuah cottage di pinggir sebuah tasik di tengah taman, di coffee shop Dome di pinggir jalan.


Seorang gadis genit berkulit kuning bersih dengan mata sepet dan rambut lurus, memandangnya sambil tersenyum seakan dia ingin bertanya, untuk apa aku berada di sini menunggu seseorang. Dia tetap tersenyum sambil berdiri di hadapanku dan aku membalas senyumannya. Dengan NAF digayakan ala aristocrat dan maskulin. NAF berfabrik klasik houndstooh dalam potongan moden. Tiba-tiba Eva terpandang di depan pakaian gadis itu tertulis La Diva.


Aku tahu dia mungkin tidak tahu apa yang ingin kukatakan, tapi perasaan tidak memerlukan bahasa yang verbal. Ingin kukatakan padanya bahawa aku memiliki semangat hidup untuk menjadikan Zachary suatu realiti. Kekuatan yang dahsyat yang membuat dia ingin hidup lebih lama lagi. Sejak mengenalnya, aku merasa dunia ini telah dikawal satu kuasa yang Maha hebat.


Seorang wanita cantik, mungkin umurnya sebaya denganku, datang dan mengatakan sesuatu;


-das Ding an sich-


-Di Orchard Road. Di depan Plaza Singapura, tidak jauh dari Istana Park dan Takashimaya, ada tempat duduk di antara pohon-pohon teduh. Ramai orang duduk di sana, kau akan melihat burung-burung dengan bebas berterbangan. Ada seseorang yang akan membawa kau kesana pada Jan 2006.-


Lalu gadis itu terus membelok bahu ke kiri dan memandangnya sekilas.


Perempuan berkulit kuning itu berlalu, memandangku dan kemudian tersenyum sambil mengangguk. Setelah itu, Eva berlalu.

**************************************************************

ALISA


Wanita cantik dan putih itu berjalan dengan angkuh menuju ke arah salon Tomy & Guy Saloon. Tak, tok, tak, tok, bunyi kasut tinggi jenama Jimmy Choo bertatahkan kristal membalut seksi kakinya yang mungil dan jinjang itu. Kaca mripat warna merah jambu melindungi separuh wajah putih mulusnya. Hidungnya yang mancung membuat kacamata cembung itu kelihatan besar. Rambutnya yang berwarna merah burgundy bersinar tempias di bawah sinar matahari. Seluruh tubuhnya dibungkus pakaian jenama Melinda Looi ketat berwarna putih. Cantik dan seksi.


-Good morning-


Wanita itu hanya menganggukan kepalanya perlahan, tanpa melihat sedikitpun ke arah lelaki yang menyambutnya membungkuk mencium tangan dan kuku yang berkuteks warna rouge noir.


-Halooooo- Wanita itu hampir-hampir berteriak melodik ketika hawa ac dari dalam salon terasa berembus mengibas rambut indahnya.


-Hallo Alisa- tegur seorang resepsionist berpakaian warna jingga itu di depan pintu.


Alisa segera menuju ruang tengah salon tersebut, semua mata memandangnya dengan terkesima. Wanita itu semakin angkuh berjalan. Dada membusung saja, seperti seekor merak jantan yang memamerkan kecantikannya.


Tak, tok, tak, tok. Bunyi kasutnya bersama gemerincing gelang-gelang besi di pinggul bulatnya.

-Hai Lisa, hendak kemana hari ini?- tanya lelaki-laki bertatoo singa dilengannya.


-Oh, tak kemana cuma memotong kuku yang tak dijaga- katanya manja sambil memandang kuku-kukunya yang masih sempurna itu.


Buah dadanya semakin besar dan hidungnya semakin mancung saja. Kulitnya tampak semakin putih dan mulus. Alisa itu tambah cantik dan sempurna saja. Dia baru menyuntik cologen99 diwajahnya dan vitamin C untuk mencantikkan kulitnya dengan laparoscopy dan tomography. Alisa mangsa teknologi dunia ketiga. Tubuhnya yang bukan hanya tersusun daripada daging, otot dan darah. pembentukan simbol. Sejarah ekonomi politik kapitalisme menjadikan tubuh perempuan sepertinya menjadi komoditi yang layak fungsinya tidak lebih daripada memenuhkan hasrat tamak pasaran.

[Alisa adalah memanifestasikan tiga mekanisme terhadap budaya kecantikan. Pembedahan plastik, transformasi daripada keadaan sakit ke keadaan sihat pada tubuh pesakit. Pesakit perempuan dijanjikan kecantikan dan pembaharuan sebagai ganti bahawa dia sakit, pengakuan daripada adanya penampilan pesakit yang menunjukkan kepada karakter atau jiwa yang sakit (lemah). Dalam setting klinikal, kegagalan untuk mengakui hal ini adalah sama dengan penolakan terhadap kesihatan atau Iebih memilih keadaan sakit.]


Celotehannya yang meriah menjadikan gosip-gosip hangat yang keluar dari mulutnya terdengar memenuhi kunjungan-kunjungannya ke kafe-kafe bersama sesama rakan-rakannya yang mempunyai kecantikan palsu ditempat-tempat trendy. Kehadirannya di lounge-lounge terkemuka selalu disambut riuh-rendah.


Sepasang mata memandangnya dari kejauhan. Mata seorang lelaki.




*******************************************************************

*tuliseu otomatis -Ungkap­an itu aslinya berasal dari dunia spiritualisrne, di mana seorang medium percaya bahwa ruh orang vang telah meninggal menuntun gerakan pena.

*laparoscopy & tomography- teknologi visualisasi mampu mendefinisikan tubuh menjadi bentuk yang lain. Imaginasi teknologi kedoktoran seperti membuka jalan bagi keinginan mengubah tubuh manusia menjadi lebih cantik.

*Kata chaos - ramalan mahupun fakta sosial yang memang sukar dikendalikan. Istilah chaos, yang secara bermakna kekacauan. (terror, kekerasan, kejahatan, perpecahan, rusuhan)

*Silicon boy - kerja tangan Jerry Yang, Marc Adresson dan Steve Jobe (krestiviti yang tinggi dalam pembangunan produk technologi).


Tiada ulasan: