Sabtu, Julai 08, 2006


Nyanyian Frühlingzo




Sebuah Honda City berdentum dentam
Dengan stereo set Aiwa terbaru.
Menggelinjang di atas jalan berbatu
menuju jalur bebas terjulur
Hari ini pagi penuh berawan
Kuda-kuda yang setia pada pedatinya
Memaki-maki dengan menikmati secangkir kopi
dengan secarik paper pagi;
bagaimana indeks harga saham hari ini?

Matanya ligat menari-nari di tv
MTV Linkin Park berteriak, melolong-lolong
Tasbih lagunya somewhere I Belong
Ini kawasan sub-urban.
Kata seorang rakan
Hari ini dunia masih penuh awankan?
kenderaan masih terus melintas, tertegun,
aku nyalakan mp3 yang ada di dalam kantong
Bukankah hidup ini paradoks proses dan pilihan?


Catatan Frühlingzo: Dia muncul lagi malam ini setelah tiga tahun lalu dia pernah ketawa pada suatu pagi. Kelihatan sedikit lebih berisi daripada terakhir kali. Parasnya nampak begitu bersih. Dia menghampiriku dan berkata:

"Kau masih sama aja..kan?"


Dia muncul lagi malam ini.

Dan setelah tiga tahun,

tawanya masih yang sama. Pembawakannya semakin matang

seiring berdenyutnya semesta.

Ambigu yang sempurna.

Itu yang terpancar dari wajahnya.

Menjanjikan, menghanyutkan.

Dengan matanya yang jernih, dia pandang aku.

Adakah kau sudah berpunya?

Dia muncul lagi. Di malam ini, berselang tiga tahun.

Akhirnya, dia semakin kompleks.

Padat dengan perkara-perkara sarat teknologi

yang bergerak dalam kecepatan tinggi.

Berseronok dengan pecah ketawanya, menciptakan harmoni.

Sesiapapun akan jatuh hati

"Tiga atau lima tahun lagi? Menunggu itu rasa lebih baik lagi."


Dia muncul lagi hari ini seperti tiga tahun yang lalu dengan ketawa canda.

romantisme dibunuhnya

di debur ombak detak jantung

telah dipantai ini

tiada yang tertinggal


Pada cermin

di ruang kosong matanya

masih ada dia

Memperhatikanku.

Aku terhanyut padanya seperti orang lain luruh di depannya.

Dengan segala pesonanya,

dia menyatakan fatwa: "Mata kau sudah tiada rasa!"



Apakah perlu itu semua?

Tiada ulasan: