Isnin, September 25, 2006

BAB 3: OPERA CERMIN


dia berteriak
kala malam menjelma
suaranya menangkap
perhatian
kilauan emas belian
yang memukau
dengan hentakan irama
sanggulnya dibega tinggi
rambut dibelah tepi
kuntum-kuntum bunga
Anggun Prasasti Seni




Mazin berjalan perlahan-lahan, langkahnya tertatih-letih. Di tepian dia membuang pandang mengamati sekitar. Dia mengeluarkan handphone Sony Ericson yang berwarna kelabu untuk menghubungi orang gajinya. Alangkah kecewanya hanphonenya telah lama kehabisan bateri.

'Celaka!'

Dia merungut lagi. Entah berapa kali dia sudah berjalan di laluan yang sama. Namun batang merbau yang menjadi panduannya tidak juga ditemui. Dia terhenti, memerhati sekeliling, mencari-cari. Dia cuba mengingati sesuatu yangmungkin dapat menyakinkan pertimbangannya. Pokok merbau berbanir besar itu seolah-olah lesap dari pandangannya. Dia cuba menoleh ke belakang, memandang jejak yang telah ditinggalkannya. Landai bukit dengan pelbagai pokok dan belukarnya masih tidak berubah, masih seperti ketika dia lalu tadi. Dia berpatah balik ke atas, menjejaki laluannya semula.

Mazin mulai sedar yang dia telah berpusing-pusing di tempat yang sama sekian kalinya. Dia cuba memungut sisa-sia tenaga yang masih ada, beg sandang serta kamera Nikonnya di tinggalkan di bawah pokok kedondong. Bebanan perjalanannya yang berpusing-pusing, menyebabkan dia kepenatan. Akhirnya dia sampai semula ke pangkal pokok kedondong. Dia memandang ke atas melihat langit yang sudah diliputi daun-daun rimbun. Kelibat cahaya langit yang dilihatnya ternyata tidak dapat membantu untuk menerangkan sekitar tempatnya. Dia sedar senja sudah beransur. Burung berkicau dimana-mana dipepohon-pohonan, di udara. Aturan alam yang mengajari mereka melakukan kicauan, seperti komputer kecil di dalam tubuh masing-masing yang memprogramkan burung itu untuk melakukan perkara yang sama. Sempat lagi dia memikirkan perkara itu.

Dia menarik nafas..nafasnya keras. Seluruh tubuhnya terasa letih. Perutnya terasa sudah pedih, kelaparan dan tekaknya terasa kering, kehausan. Kulit mukanya juga teras pedih, sudah calar-balar. Dia nekad meneruskan juga. Dia jalan menanjak kea rah bukit kecil, lalu menurun tajam di antara pohon-pohon cemara yang tinggi. Hutan begitu lebat sehingga dia hanya dapat melihat sejarak beberapa meter di sela pohonan. Jalan itu memutarkan kearah sebuah danau. Mazin menerobos di antara pepohnan. Dia tanpa mengetahui apa sebabnya, dia membiarkan kakinya menuntunnya. Danau itu tidak lebih besar dari sebuah padang bola. Di seberang danau tersebut dia dapat melihat sebuah rumah bercat coklat kehitaman. Di atas tanah terbuka di kelilingi oleh pohon-pohon ru berwarna coklat keemasan. Gumpalan asap nipis naik dari cerobong asap.

Mazin turun di tepian air. Air itu sangat berlumpur di beberapa bahagian. Dia terpandang sebuah perahu. Perahu itu agak jauh ditengah danau. Ada sepasang dayung di dalamnya. Mazin melihat sekeliling. Agak mustahil untuk dia menyeberangi danau menuju rumah tua coklat itu. Dengan yakin dia mendekati perahu itu dan mendorongnya ke dalam air. Lalu dia naik, memasang dayung di kunci dayung dan mulai mendayung dengan hati-hati menyeberangi danau. Perahunya dengan pantas sampai di seberang. Mazin turun dan berusaha untuk menarik perahu dibelakangnya. Tepian danau ini jauh lebih curam dari seberang sana. Dia melihat ke belakang. Dia sungguh hairan dengan keberaniannya sendiri. Bagaimana dia seberani ini? Dia tidak tahu. Seakan-akan 'sesuatu yang mendorongnya'. Dia terfikir seketika, nendanya tidak pernah bercerita ada sebuah danau dan tasik di dalam hutan milik mereka.

Mazin tanpa membuang masa menuju ke rumah tua itu. Sampai dipintu dia cuba mengetuk. Dia menunggu sebentar tetapi tiada yang menyahut. Mazin cuba memutar pegangan tombol pintu dengan hati-hati, dan pintu pun terbuka.

'as'kum! Ada sesiapa di rumah?' dia memberi menyeru salam. Dia masuk dan mendapati dirinya berada di ruang tamu. Dia tidak berani menutup pintu dibelakangnya. Jelas sekali ada seseorang tinggal di sini. Mazin dapat mendengar kayu-kayu mendedas di tungku tua.

Di atas sebuah meja terletak sebuah mesik ketik, beberapa buku, sebatang pensil dan setumpuk kertas. Sebuah meja yang lebih kecil dan dua kerusi berdiri di dekat jendela yang membuka kearah danau. Hanya ada sedikit perabot, di sebelah dinding kanan dipenuhi rak-rak yang sarat dengan susunan buku. Mazin mara kedepan. Di atas peti laci yang berbentuk inggeris itu tergantung sebuah cermin bulat dengan pigura yang berat warna kekuningan. Benda itu nampak kuno dan lama. Pada salah satu dinding tergantung sebuah lukisan. Yang satu adalah lukisan cat minyak sebuah panggung opera istana yang besar tinggi dan diwarnai kilauan lampu-lampu roman yang mewah. Di antara panggung opera itu di sekelilingnya dipenuhi taman yang landai bagaikan kalungan bunga. Di tepi lukisan itu bernama 'Kellie Opera Castle'.

Di samping lukisan itu tergantung sebuah potret tua seorang lelaki yang sedang berdiri di sebuah jendela. Potret itu mengingatkannya dengan arwah datuknya. Tetapi tiada persamaan yang ketara. Sebuah buku digemgamannya. Dalam gambar itu terdapat sebuah panggung opera yang tinggi di tutup awan yang disekelilingnya. Tampak sebuah lukisan yang telah dibuat beratus tahun dahulul. Judul lukisan itu 'A Piedro Zulkarnain'. Dia terkejut kerana nama arwah datuknya ialah Tengku Iskandar Zulkarnain.

Dia cuba beredar dari depan lukisan itu. Dia sekarang berada di depan cermin. Kaca yang suram dan terguris dengan cakaran dan terlihat gambarnya di dalamnya yang menjadi kabur. Mazin mulai mengamati bayangan cermin dirinya sendiri seperti kebiasaannya di dalam bilik mandi. Dia melakukan pergerakkan yang sama. Tetapi tiba-tiba sesuatu yang menakutkan terjadi-hanya sekejap sahaja-Mazin tidak salah pandang dalam wajahnya itu, jelas sekali lelaki di dalam cermin itu mengerdipkan kedua matanya. Mazin mula ketakutan. Jika dia sendiri berkedip bagaimana dia boleh melihat sendiri lelaki yang serupa dengannya di dalam cermin itu berkedip? Dan tiba-tiba kedengaran suara lelaki yang halus.

'aku dapat melihatmu Mazin, aku disebelah sini'

Mazin berasa jantungnya berdengup kencang, dan pada masa yang sama dia terdengar suara seekor anjing menyalak di kejauhan. Tanpa berfikir panjang, dia harus keluar dari sini. Tetapi dia sempat menoleh di atas meja itu terdapat sebuah dompet merah di atas peti laci di bawah cermin. Dia membuka perlahan-lahan. Di dalamnya terdapat sebuah foto gambar gadis dengan rambut panjang paras bahu. Di tepi foto itu tertulis nama Prasasti Seni Anggun Putri. Lagi sekali dia terdengar anjing hutan menyalak. Dia harus keluar secepat mungkin.

Salak anjing itu semakin dekat. Lalu dia lari keluar pintu dan terlihat perahunya itu tidak ada lagi. Saat itu matanya berada di tengah danau dan perahu itu terseret ke sana. Dayung perahu mengembang. Dia terfikir kenapa tidak dia menolak perahu tadi kedaratan. Itu lebih mudah. Dia mendengar anjing itu menyalak berdekatan dengannya di celah-celah pohon dan semak-samun danau itu. Hari semakin hilang terangnya.

Mazin tidak ragu-ragu lagi. Dia melompat kedalam semak di belakang dan memasuk hutan semula. Kemudian dia menjumpai paya dan beberapa kali dia terperosok jatuh. Dia cemas. Belum pernah dia berasa cemas begitu. Malam ini dia akan sendirian di hutan. Tanpa peralatan tertentu adalah sesuatu kesilapan yang mendukacitakan. Dalam diam-diam dia mengakui kepandaiannya tidak mungkin dapat mangatasi alam dan keadaan. Dia masih boleh melihat bulu romanya, namun kegelapan akan tiba nanti. Apa yang dapat dilakukannya sekarang? Dia menyesali tindakannya bersendirian tanpa memeikirkan persediaaan wajar andai dilanda kemalangan seperti sekarang. Kini dia berasa pelik. Dia telah tiba di sebuah jalan denai yang dilalui orang dan binatang-binatang. Dalam lamunan itu, tiba-tiba dia mendengar sesuatu.

Bunyi yang amat dikenalinya itu pantas sekali menusuk benaknya. Dia leka memasang telinga. Bunyi itu seperti menuju ke arahnya. Melalui jalan ini. Bunyi itu berualang lagi dan semakin hampir. Tiba-tiba dia melangkah merapati arah bunyi untuk memastikannya. Arah bunyi yang riuh rendah itu jelas datangnya dari puncak bukit di depannya. Tiba-tiba di belakangnya melintas sebuah kereta berkuda dua ekor di depannya. Seorang lelaki menaiki kuda itu dengan pakaian yang tidak dikenalinya. Tetapi dia pernah melihatnya di TV. Dia rasa teruja dimana dia berada sekarang ini. Lelaki yang menaiki kuda itu terhenti dan di depannya dan mengangkat topi tinggi warna hitam.

Mizan terkejut, kaku seketika. Lelaki itu pernah dilihatnya. Tetapi dimana? Lelaki itu merapati Mizan dan berkata.

'Tenku Zulkarnain, kenapa tengku masih disini, bukankah kita sudah terlambat menghadiri persembahan opera Dardanella malam ini?’

Mazin terkejut. Persembahan apa pula ini? Dia seperti terpana melopong memandang lelaki itu.

'Ayuh Tengku! Naik kereta kuda itu. Nanti kita terlambat dalam majlis tersebut. Lihat disana mereka semua menuju di puncak bukit itu. Malam ini persembahan mesti menghiburkan Tengku.' Kata lelaki itu sambil menundingkan jari telunjuknya ke atas sana. Mizan memandang kearah itu. Alangkah terkejutnya dirinya. Sejak dia berjalan tadi kenapa dia tidak menoleh kebelakangnya. Sebuah panggung seperti istana yang indah berkilauan emas berdiri megah di atas puncak bukit. Kilauan lampu menerangi malam yang semakin larut. Mizan terlopong lagi.

Lelaki itu mengheret dirinya menaiki kereta kuda tersebut. Dia membiarkan tubuhnya di tarik lelaki itu.

'Tengku kenapa berpakaian begini, tidak apa di dalam kereta tengku boleh menukar pakaian di dalam sana. Kebetulan saya membawa pakaian pesanan tukang jahit untuk persembahan opera di sana.'

Tanpa banyak bicara dia menukar pakaian di dalam kereta kuda yang memuatkan barangan dan pakaian. Dia sendiri tidak percaya kenapa mereka memanggilnya Tengku Iskandar. Bukankah Tengku Iskandar adalah arwah datuknya?

Dia tidak ada keraguan apa pun lagi. Dia ingin melihat sendiri temasya opera gemilang di puncak bukit sana. Selesai menukar pakaian dia duduk dan merenung lelaki yang segak dengan suit black bow dengan tekstur vintage yang mewah yang segak di depannya. Baru sahaja dia menukar pakaian yang serupa, tetapi dia memakai suit vintage hitam berompol-rompol renda putih Empire Waist roman di sekitar leher dadanya serta tangan. Di lilit kemas warna merah dipinggangnya. Dia percaya lelaki ini pernah dikenalinya. Wajah ini sudah sebati dalam ingatannya.

'Izwan?'spontan sahaja mulutnya bersuara.

Lelaki itu menoleh.

'Ya saya, nama saya Izwan Rahman Klimanoff'

'Kemana kita pergi nie, apa yang ada ditengah hutan gelap ini' tanya Mizan melonggo.

'Tengku Is, kita berada di kota hiburan seorang primadona. Kita perlu menghadirinya kerana Tengku adalah tetamu VIP mereka'

Mizan seperti tidak percaya dengan apa yang di dengarnya. Hiburan. Primadona. Huh. Dia memandang sekeliling segalanya berbeza dari hutan yang mengurungnya sejak rembang tadi. Dia bertambah keliru. Hutan rimba yang telah memperdaya dan meletihnkan dirinua sebenarnya bukan hutan lagi.

'Primadona! err..siapa yang akan kita saksikan nanti' Mizan bertanya. Bunyi kuda berderap meneggelamkan suaranya. Tetapi masih boleh di dengari oleh Izwan.

'Tengku yang biasa menonton persembahannya, tentu lebih arif. Lihat sana poster besar yang membentangi jalan di depan kita ini' dia menunjukkan poster kearah Mizan. Izwan menyambung

'Dialah Primadona Prasasti Seni Anggun Putri. Kehebatannya pernah diperkatakan oleh seluruh peminatnya. Primadona itu adalah seri panggung yang hebat seangkatan dengan Dewi Dja dan Miss Riboet dari kumpulan Dardanella. Tetapi Anggun Putri sekarang tinggal dan menetap di sini dan menjadi seri panggung yang disegani di Kellie Opera Castle istana panggung yang terkenal itu.'

Mizan terpana mendengar keterangan Izwan, nama Prasasti Seni Anggun Putri pernah di dengarnya. Dia sendiri tidak pernah melihat Prasasti Seni Anggun Putri atau di ceritakan oleh nendanya. Dia teruja ingin melihat primadona itu bermain di panggung, dan menemui primadona pujaan ramai itu.

Tanpa disedari mereka telah sampai kedestinasi yang dituju. Mereka berdua turun dari kereta kuda itu. Mizan tiba-tiba berdiri tegak tercegat, alangkah terpesonanya di dalam panggung opera itu yang di hiasi kilauan emas dan intan dan belian. Dia sendiri hanya melihat panggung opera di kaca TV di zaman inggeris tetapi kini dia benar berada di dalamnya. Seperti tidak percaya dengan apa dia rasai sekarang sebuah istana yang mempunyai panggung sehebat ini.

'Ayuh Tengku' Izwan memegang bahunya. Dia terpaksa melangkah masuk mengekori Izwan. Matanya tidak berkelip-kelip memandang dinding dengan kilauan. Mereka berdua memasuki ruang panggung, lagi sekali Mizan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Ramai sekali manusia memenuhi ruang acara majlis opera panggung itu. Semuanya berpakaian vintage inggeris yang indah dan mereka semua seperti orang-orang bangsawan.


Tiba-tiba perutnya memulas kerana kelaparan.


bersambung...

Tiada ulasan: