Ahad, September 24, 2006

BAB2: OPERA MILIKKU

Memang benar akulah cinta hatinya
tiada guna kau menafikan segala
simpan saja mimpi mu untuk bersama
berundurlah dari nanti kau kecewa

maafkan diriku oh andai engkau terasa
ikhlas ku katakan niat ku yang suci

tidak perlu untuk kau merayu lagi
sememangnya banyak cinta yang menanti
dan andainya kau masih berkeras hati
jangan harap untuk ku mengalah pergi

memang benar ku katakan
dia milikku
biarpun kau mengganggu dia setia padaku
sudah jangan kau mencoba untuk memiliki
kerna dia tak semudah kau sangka

bukan sudah ku katakan
dia milikku
biar apa di kata dia tetap kan ku cinta
memang sukar di percaya harus kau terima
kerana hanya diriku berhak di atas cintanya

bukannya maksudku
terlanjur bicara
maafkan diriku
andai kau terasa

ikhlas ku katakan
niat ku yang suci
untuk pertahankan
percintaan ini

Laungan lagu irama retropop dari penyanyi baru khadeejah dia milikku meraung-raung dari SONY hi-fi di ruang kerjanya. Jasmin merenung foto-foto gambar di atas meja kerjanya. Foto-foto menempel dengan foto anaknya Harith dan sahabat & ibu bapanya. Baru-baru ini dia menghabiskan waktu beberapa jam untuk mengganti foto-foto lama dengan foto-foto baru. Terutama Harith, anak kesayangannya, sudah mencecah usia 8 tahun. Begitu juga lukisan yang dilukis oleh Harith untuk mamanya, kad-kad ucapan selamat hari ibu dilekatkan dengan cermat. Dan ketika semua foto itu telah berada ditempatnya, dia duduk untuk mengamati, mengingat kembali beberapa peristiwa yang dialami dengan Harith yang suka melukis alam dan binatang. Beberapa waktu belakangan ini, dia sering mengabaikan tanggungjawabnya membawa Harith bersiar-siar dan bercuti. Seketika dia ingin meluangkan waktu bersama Harith. Kerana kehadiran Harith menyerikan hidupnya. Harith yang ditunggu-tunggu selama ini. Dia telah berjanji menjaga anaknya itu sendirian sejak kematian kedua-dua ibu bapa Harith. Walaupun Jasmin ibu Harith yang sebenar. Keluarga Jasmin tidak memberkati dirinya dengan kelahiran bayi ini. Tetapi dia inginkan anak itu dan berharap keluarganya yang menerima kehadiran cucunya suatu hari nanti.

Mungkin kerana dia belum berkahwin dan bernikah. Mereka menolak dan menghalau dirinya keluar. Jasmin nekad berpindah rumah baru dan berazam bekerja kuat untuk menyediakan kelengkapan yang terbaik untuk Harith. Hampir semua wajah dalam foto itu sedang tersenyum. Dia mendakap perlahan-lahan lipatan gambar itu. Dia akui, dia telah memilih untuk melahirkan anak itu dan sekarang kehidupan setiap hari adalah untuk Harith. Walaupun dia mengupah Bibi memasak hidangan, mencuci baju kotor Harith tetapi dia mengangap Bibi sebagai kakaknya. Jika dulu mereka selalu bertiga berkunjung ke supermarket, shopping, ke tempat permainan kanak-kanak, kedai buku, ke klinik. Sekarang Jasmin terlalu sibuk dipejabatnya di Shazan Tower.

Dulu sebelum kesibukan agensi pegiklananan miliknya berkongsi bersama beberapa orang sahabatnya. Sebelum ini dia selalu merawat, menghiburkan Harith apabila anaknya itu jauh sakit. Membaca dongeng Jack dan Pokok Kacang sebelum tidur dan mewarnai lukisan gambar-gambar lucu yang dilukis Harith. Menyusun lego bersama. Hari demi hari mereka membangun sebuah rumah dan mereka adalah penghuni mewarnai segenap kehidupan, mencipta landasan kasih sayang yang tidak berbelah bagi antara ibu dan anak. Dan dia berharap ada kesempatan untuk itu semua. Dia bangun, terus mencapai buku Lies Woman Believe di rak buku disebelah meja kirinya.

*************

'Harith, dah siap? Jom makan sayang.,' Jasmin memanggil Harith dalam bilik. Di meja makan. Dia memandang buah hatinya. Putera kecil yang tampan makan comot sekali dengan sisa calit makanan di pipi. Jasmin menyingkirkannya dengan sapu tangan.

'makan elok-elok!'

Selesai makan bersama. Jasmin berehat di ruang tamu sambil menonton chanel 3 siaran Beauty from the East, pengacaranya dahulu Meriam Karin, sekarang muka baru yang tidak jauh bezanya Esah Sinclair. Sekarang ini, fenomena di dunia pengiklanan TV, dan majalah-majalah tempatan penuh dengan muka-muka eurosian. Tiada lagi muka-muka tempatan yang dekat masyarakat dengan suasana Malaysia menghiasi kulit-kulit majalah tempatan. Apa kurangnya mata bundar dan keaslian gadis-gadis tempatan. Dari semua chanel tv tempatan kesemuanya dihiasi dengan muka-muka celop. Dia sudah naik jelak dengan TV tempatan yang tiada perubahan. Kadang-kadang tiada sekatan, mereka semua jadi buruan media dan iklan-iklan kormesil. Tetapi tiada seorang pun yang benar-benar meletup atau memberi impak yang berkesan dengan muka-muka minah salleh ini. Penuh kontroversi adalah. Sejak bermulanya fenomena ini beberapa tahun kebelakangan ini mereka menjadi pujaan. Jasmin akui dulu kehadiran seperti Julia Rais, dan Sofia Jane yang benar-benar memberi impak dalam dunia seni tanahair. Sekali-sekala apa salahnya memaparkan wajah tempatan menghiasi muka TV.

Dia terpandang majalah di atas meja dan tangannya terus mencapai majalah OH! Penghias kulitnya penyanyi yang baru berkahwin dengan Datuk J. Idola yang sering diagung-agungkan oleh peminat-peminatnya. Perkahwinan yang digembar-gemburkan oleh media dan digelar wedding of the year. Inilah caranya media mendidik masyarakat. Siaran ulangan dan tertangguh di siarkan berkali-kali untuk mengaut keuntungan, tetapi masyarakat masih lagi buta. Dengan seorang ayah yang gembira dengan perkahwinan baru, dan di suasana yang lain seorang anak yang menangis menanggung derita mengharapkan kasih sayang ayahnya. Dan ayahnya sekarang mengecapi bulan madu di awan biru. Jasmin hanya mengeleng-gelengkan kepala. Bukankah kasih sayang di dunia ini sedang ditarik olehNya, sedikit demi sedikit?.

'Ma ris takut tidur seorang diri di bilik.'

Tiba-tiba Harith datang memecahkan akal fikirannya yang melayang. Jasmin berpaling. Harith datang merapatkan tubuh di pinggangnya. Seperti biasa dia selalu bercerita dongeng sebelum masuk tidur.

'Takut pada apa, sayang? Mama kan ada. Cuba baca doa sebelum tidur,' kataku menenangkannya.

'Suara-suara yang memanggil ris. Sudah seminggu Ma,' katanya sambil menatapnya. Ada ketakutan di bola matanya yang kecil itu. Matanya tak menipu.

'Itukan hanya mimpi. Mahu mama temankanlah tu?,' kataku meneka, mengusap keningnya. Mencubit pipinya yang bulat. Dan bibirnya mengingatkanku pada seseorang yang telah meninggalkanku. Harith tersenyum.

'Ma Harith nak beli kamera la, mama?'

'nak buat apa?'

'Harithkan masuk fotografi kelas dekat galeri lukisan kawan mama tu, cikgu Mizan akan mengadakan pertandingan gambar foto terbaik nanti dan akan dipamerkan dalam pameran bersamanya From the Eyes of the Child nanti?'

'ohh..yerker?, Harith nak masuk pertandingan itu ker? Nanti mamakan belikan, Harith nak tangkap gambar apa?'

'Harith nak ambil gambar lanskap dalam hutan tropika khatulistiwa, boleh tak mama?'

'boleh, tapi dengan mamalah, tapi bila mama cuti nanti kita pegi sama-sama?'

Harith senyum lagi. Jasmin bahagia. Tetapi bilakah waktu yang sesuai untuk menemani anak itu menangkap foto di hutan. Dia teringatkan Mazin, fotografer professional yang mengajar anaknya dihujung minggu. Dia sering mengikuti perkembangan penulis dan fotografer profesional tersebut di dalam blognya dan kerana itu dia ingin anaknya Harith yang mempunyai hobi yang sama mengikuti kursus sejak kecil lagi. Mazin tidak keberatan mengajar Harith mengenai asas seorang fotografer.

*****************

Tiada ulasan: