Khamis, September 28, 2006

BAB 5: RATNA D'MARION

angkuhmu kukagumi
melenggok anggun bak mahadewi
merekah bibirmu basah
denyut jantung
dicengkam senyummu
nan bongkak
hitam bulat matamu
hunjam kejam menikam
kelopak dikerling
tipis teriris hatiku miris
dikikis tuturmu nan manis
caci maki bengis nan sadis


KABUT yang tebal menghalang pandangan. Namun angin yang bertiup lembut dari arah kanan sekali sekala menolak kepulan-kepulan asap kabut ke tepi, melorongkan pandangan beberapa meter di hadapan. Manaf Ashraff, pembantu Mr Willy hampir melompat apabila kepulan asap kabut itu tertolak ke tepi dan muncul di hadapannya keraguan dan kecurigaan yang menggugat dorongan hatinya. Lelaki yang seperti mereka itu memakai pakaian Bohemian inggeris.

Kau, Izwan Klimanoff!' tanpa diduga, dari mulutnya terpacul perkataan itu.

'Kau hendak ke mana? Kau hendak mencari Mr Willy?' jerkah Manaf dengan penuh kecurigaannya. Memandang atas bawah tubuh Mazin.

'Aku ingin berjumpa dengan dia, Manaf! Ada hal penting.'

'Kau sudah lupa peraturan di sini? Izwan.

'Tahu tentu aku ingat... tapi aku ada hal penting dengan Mr Willy...'kata Izwan, begitu perlahan.

'Kau mahu Ratna tahu! Kau mahu dia tinggal bersama kita! Nanti dia akan merampas primadona Anggun daripada aku!'

'Tapi...aku ada hal penting!'

'Dia akan rnati di sini!' pendek dan tegas kata Manaf.

'Ayuh... ikut aku... kita kembali ke panggung...' ajak Izwan sambil menarik tangan Mazin. Mereka berdua berlalu pergi

'Tapi... tapi... tapi..kita datang ke sini untuk apa?' kata Mazin tersekat-sekat.

'Mr Willy ingin berjumpa dengan Tengku kerana hal penting'

'Tapi saya lapar,' kata Mazin. Memegang dan mengusap-usap perut keroncongnya.

Izwan mencembik mulutnya yang tidak henti-henti bersuara merungut perangai pembantu cerewet Mr Willy.

Mazin melayan perasaan dirinya, terdengar bunyi riuh rendah seperti sesuatu persembahan yang besar.

'Ayuh kita kebelakang bangunan. Saya ingin berjumpa dengan Ratna D' Marion.' Katanya terus memandang ke arah depan jalan. Mereka berlalu dan menghala kebelakang panggung yang tersergam dengan kawasan taman.

Di pertengahan jalan mereka bertemu tiba-tiba muncul seorang gadis dengan rambut berombak dan pakaian foxy lady berkoset dengan kain labuh meleret warna maroon tergesa-gesa keluar. kereta kuda sedang menantinya. Gadis itu memandang dan tersenyum terus merapati mereka berdua.

'Mr Izwan Kliminoff apa kau buat kat sini?'

'Aku ingin berjumpa dengan kau Ratna'

'Eh ini bukan ker Tengku Iskandar, hartawan kaya raya itu?.' Marion menghampiri Mazin dan tiba-tiba memegang kamera yang digantung dilehernya. Kamera classic yang dibawanya kemana-mana.

'Yer, betul. Boleh tolong sediakan makanan untuk kami sebelum acara bermula. Aku ada perkara ingin bincangkan denga kau Ratna.'

'Baiklah, kita pergi bersama melihat primadona malam ini. Ratna merenung Izwan. Dia menganguk perlahan.

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Akhirnya mereka menuju kesebuah banglo dua tingkat. Mata hampir tidak berkelip melihat senibina bangunan lama tamadun peninggalan sejarah, dan istana di raja. Mereka hanya berjalan mengelilingi panggung opera yang senibina zaman pertengahan seperti di Sainte Chapelle di Paris. Kesenian nyata menerusi seni bina serta atur letak batu bata pada dinding istana. Mazin tidak henti-henti merakam gambar keindahan yang baru disaksikan itu. Mereka sampai di rumah Ratna menolak pintu yang tidak berkunci.

'Silakan masuk,' suruh Ratna kepada Mazin yang masih tercegat di sisi pintu dengan tangan kanannya memegang daun pintu.

Mazin ragu-ragu. Dia merenung Izwan mengharapkan penjelasan lanjut. Izwan hanya mengangguk sebelum menggerakkan kepalanya sebagai isyarat menyuruh masuk. Dengan senyum, Mizan melangkah masuk. Sebaik sahaja Mazin masuk, Izwan menutup pintu dan meninggalkan Mazin sendirian seketika. Dan berbual-bual dengan Ratna D'Marion.

Bau makanan kentang goreng menaikkan selera merangsang Mazin melangkah ke meja sajian di ruang makan yang serba lengkap dan mewah itu. Di atas meja itu tersaji pelbagai makanan inggeris yang menyelerakan. Tanpa berfikir panjang, Mazin menghampiri meja lalu duduk. Dengan pantas dia mencapai Tim Hortons Timbits yang berbentuk seakan donat. Tidak ada apa-apa yang terfikir di dalam benaknya pada ketika itu kecuali mengisi kelaparan dengan hidangan yang lazat di hadapannya. Tanpa bersuara, makanan disuakan masuk ke mulutnya. Bagai terjumpa mutiara di perut tiram, Mazin begitu gembira sekali dengan sajian lazat dan menyelerakan itu. Tidak sabar-sabar, dia terus-menerus menyuapkan makanan ke mulutnya.

Suara ketawa nan lembut lagi merdu memeranjatkan Mazin. Spontan dia terhenti, menyuap. Mazin berpaling ke sisinya.

'Makanlah,' gesa Ratna dengan senyum melirik sambil bergerak lembut menghampiri meja. Kemudian duduk pula di kerusi yang bertentangan dengan Ratna. Namun Mazin tidak mampu meneruskan makannya. Perutnya terasa kenyang dan lahapnya terhapus kerana kedatangan perempuan itu. Segera dia menyapu napkin di tangan dan diletakkan diatas meja.

'Eh, mengapa berhenti? Teruskan makan Tengku. Kata belum makan sejak tadi. Dah lewat dinihari kini!'

'Saya sudah kenyang sekarang. Banyak yang telah saya makan sebentar tadi' ujar Mazin kegugupan. Pandangannya mengingati saat pertemuan dan pengenalan dengan perempuan itu tadi, namun fikirannya belum mampu membuat rumusan pasti.

Perempuan itu hanya menggelengkan kepala.

'Puan... Ratna? Tinggal bersama siapa di sini?' tanya Mazian ragu-ragu.

'Saya tinggal dan menjaga hidup seorang primadona. Prasasti Seni Anggun Putri.' Terang Ratna D'Marion.

'Oh... begitu!' ucap Mazin senang dan gembira.

'Beruntung sekali dapat bertemu dengan Puan.'

'Begitu?' Ratna D' Marion ketawa lembut, galak dan manja.

'Kebetulan sekali.'

Mazin hanya memandang, membayangkan rasa kelirunya.

'Ya... kebetulan. Saya sendiri beruntung bertemu dengan Tengku.'

'Begitu? Nanti Tengku akan tahu juga semuanya.'

Ratna mengangguk.

Dan mereka ketawa. Tiba- tiba terdengar Izwan memanggil.

'Tengku sudah selesai, ayuh kita ke majlis persembahan Lucia D' Lammermoor akan bermula.' Jelas Izwan Killminoff dengan wajah sedikit ceria. Mereka bergerak bersama.

Mazin memperolehi lebih daripada yang dihajatinya. Dia bukan saja dapat mengisi perut, tetapi dapat pula akan bertemu dengan sang primadona yang menjadi sanjungan pelbagai golongan disitu.

'saya hanya mendengar cerita tentang keagungan Anggun,' sambungnya.

'tidak pernah saya menduga bahawa saya berada dirumah seorang primadona panggung terkenal.

Ratna ketawa lagi. Bergema seluruh alam rimba .

Tiada ulasan: