Isnin, Oktober 02, 2006

BAB 6: PRASASTI SENI ANGGUN PUTRI

kecil kerdil ku menggigil
secuil mungil sayup kupanggil
namamu nan laju berlalu
hingga kaku membeku lidahku kelu

"duhai bunga temani aku...teduhkan gersangku
selimutkanlah kesejukanmu di kerontangku
duhai bunga sungguh pesonamu begitu indah..."


Mereka tiba di panggung kesenian setengah jam kemudian. Ratna D' Marioan terus menuju ke belakang panggung, sementara Mazin dan Izwan ke depan panggung. Mazin membuang pandangan ke interior panggung yang mengagumkan dengan tembok lapisan khusus untuk sound-proof, Mizan terpandang seorang pemuda yang sasa memakai pakaian ala sailor warrior men dan topi hitam duduk di baris keempat dari bibir. Mazin memerhatikan gelagat lelaki tersebut yang memakai pakaian sifon lembut dengan potongan berlengan bahu penuh, membulat mengelembung lembut dan sepasang but hitam paras lutut. Bersama tali rantai dan stud dipinggangnya. Apabila lelaki tersebut berpaling melihatnya, Mazin melarikan anak matanya ke layar lebar berwarna merah tua yang tebal lengkap dengan rompol-rompol di atas layar panggung yang masih tertutup. Di depan pentas ada ruang kosong yang besar untuk tari menari. Kepalanya menoleh melihat ke belakang. Di belakangnya ada beberapa balkoni di kiri dan kanan, ini menunjukkan
gaya panggung opera di Eropah, fikir Mazin sambil mengagumi langit-langit yang tinggi sehingga ruangan tidak terlalu panas.

Terdengar suara orang bercakap-cakap dan masuk dari pintu sebelah kiri. Mazin melihat serombongan lelaki dan wanita memasuki panggung yang terkenal dikalangan golongan bangsawan dan masyarakat sekitarnya yang dikenali Kellie’s Castle Opera. Mereka berbual-bual kosong dan melihat seketika ke arah Mazin dan berbisik-bisik sesuatu sambil menuju kerusi di barisan paling depan. Seorang dari mereka kelihatan sangat rendah seperti masyarakat Hobbit dalam filem Trilogy Lord Of The Rings muncul dicelah-celah mereka dan memandang Mazin dan tersenyum. Dia duduk di datang kearah Mazin dan duduk disebelahnya. Mereka tidak berbual. Mazin hanya membatukan diri dan memerhatikan ruang panggung. Tiba-tiba kedengaran muzik Beethoven yang romantis dimainkan sementara menunggu persembahan.

Lelaki di sebelahnya bersuara.

"Muzik Beethoven seperti 'das Ding an sich.' Sarat dengan Romantisme. Saya sangat sukakannya." Kata lelaki kerdil berpaling ke arah Mazin.

"Individu kini bebas sepenuhnya untuk menafsirkan kehidupan dengan caranya sendiri. Kaum romantik genius dalam muzik dan kesenian." Mazin juga berpengetahuan dalam bidang ini. Dia mencintai segala jenis kesenian.

"Apakah memang ada banyak genius seperti ini?" kata lelaki pendek itu lagi. Mazin menoleh dan memandang kea rah lelaki itu.

"Beethoven salah satunya. Muziknya mengungkapkan perasaan dan kerinduannya sendiri. Beethoven adalah seorang seniman yang bebas dalam berkarya tidak seperti para jagoan seniman Barok seperti Bach dan Handel, yang menyusun karya mereka untuk memuliakan Tuhan, terutama dalam bentuk-bentuk muzik yang kaku." Terpacul kata-kata itu dari mulut Mazin yang terpinga-pinga seketika, bagaimana dia boleh berkata sedemikian. Seperti bukan dirinya berkata-kata seperti itu. Di dalam kepalanya seperti di kawal sesuatu apabila berkata-kata dan berperwatakan seperti mereka. kelakuannya seperti separuh sedar.

"Saya hanya mengenal Moonlight Sonata dan Fifth Symphony. Dan betapa romantisnya Moonlight Sonata, dan Tengku sendiri dapat mendengar betapa dramatisnya Beethoven mengungkapkan dirinya dalam Fifth Symphony." Kata lelaki itu sambil tersenyum.

"Tuan mengenali saya?" Soal Mazin.

"Siapa tidak kenal dengan Tengku Iskandar. Pemilik Kellie's Castle Opera yang mewah ini dan seorang saudagar yang kaya raya. Nama saya Awang Kenit Yankee. Panggil saja Awang, gembira berjumpa dengan Tengku." Kata lelaki pendek itu lagi.

Mazin sedikit terkejut dan terbatuk seketika dan tersenyum dibuat-buat. Kenapa mereka semua memanggilnya Tengku Iskandar?. Bukankah itu nama nendanya? Lelaki ini bernama Awang Kenit. Mazin pernah mendengar cerita dongeng dahulu kala mengenai kewujudan Awang Kenit. Dia berfikir sejenak di dalam benaknya adakah dirinya berada di zaman nendanya?. Bagaimana dirinya berada di zaman nendanya ini? Mustahil. Dia terus berkata-kata di dalam benaknya. Dia diam lagi dan memandang ke depan. Tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang. Dia menoleh dan kelihatan Izwan Kliminoff bersama beberapa lelaki Boheimians dan salah seorangnya ialah lelaki yang dilihat di depannya tadi berada bersamanya.

"Tengku kenalkan ini Tuan Herman Novalis, Cinta Coleridge dan Sufian Schiller. Mereka adalah penulis dan penyair terkenal." Terang Izwan bersungguh.

Mazin bangun dan bersalam dengan lelaki yang bernama Novalis itu dan dua orang lelaki itu tersenyum tunduk hormat kepadanya. Tiba-tiba Mazin bersuara.

"Herman Novalis, salah seorang penulis muda. Penulis novel Heinrich von Ofterdingen. Saya sangat mengangumi karya-karya anda semua." Mazin berkata dengan penuh yakin sekali.

"Kami kemari untuk melihat persembahan Primadona terkenal Prasasti Seni Anggun Puteri." Kata-kata itu terpancul dari mulut Cinta Coleridge, seorang penyair yang puitis.

Mereka semua mengambil tempat masing-masing dan dari jauh kelihatan Ratna D' Marion tersenyum dan memberi isyarat opera akan bermula dan menyuruh anak buahnya untuk memulakan pertunjukan, dan dia kembali berada di ruangan belakang. Seperti perempuan cantik yang bossy akhirnya menghilang di balik layar. Seketika semua tetamu bersedia, lampu interior mulai meredup perlahan-lahan, dan terpadam. Asyik sekali dengan perubahan dari terang ke gelap berjalan dengan perlahan, sehingga mata penonton tidak sepenuhnya buta ketika interior gelap. Hanya tinggal panggung layarnya sahaja yang jelas kelihatan.

Muzik latarbelakang telah berubah. Dengan alunan muzik yang membangkitkan suasana dan memisahkan penonton dari dunia luar dan khayalan di depan mata. Suara-suara dentang piano kini kedengaran, layar terbuka perlahan-lahan. Lampu hijau disorotkan kepentas, mendominasi panggung, dan memberi penegasan kepada latarbelakang yang menampakkan suasana tangga yang mewah. Semua penonton cuba menumpukan konsentrasi ke arah apa yang ada ruang panggung. Penari-penari wanita muncul lebih dahulu. Kini mereka tampil cantik semarak dengan kostum lengkap. Mereka membuka tirai dengan tarian merak kayangan yang indah. Dengan latar lagu La Isla Bonita. Malam warna-warni dengan gabungan meriah tropeze artist dan rekaan rambut yang larger than life.

Tiba-tiba panggung gelap. Lampu menyorot keatas bumbung panggung. Kelihatan seorang wanita bergayut di buaian. Dengan kilauan glitter queen sarat perincian labuci. Sejurus kemudian berkumandang muzik dari corong yang besar. Bunyinya amat unik dan mempesonakan. Buaiannya turun berlahan-lahan ketengah panggung. Mazin terpegun dengan alunan muzik dan mengalunkan puisi yang mendayu dari Sang Primadona Malam Moresko. Sorakan penonton mengamat suasana. Dari rentak irama perlahan ke irama lebih pantas.

Para penari diam menunggu di tengah panggung, menunggu clue dari muzik untuk memulai act one seterusnya. Prasasti Seni Anggun Putri turun kepanggung dan meneruskan adegan dengan gerakan tari bersama penari-penarinya. Alunan muzik dan suasana kontemporari, abstrak, dan erotis. Kemunculan mengejut seorang lelaki di depan pentas melakonkan dan mengalunkan lagu Beautiful Maria cuba menarik perhatian penonton dan mengoda sang primadona. Menari mengikut rentak bersamanya.

Mazin melihat dengan penuh asyik dengan aspirasi seni di dadanya tiba-tiba muncul, dan dia merasakan ada sesuatu yang membuatnya terpegun. Akhirnya semua adegan mereka usai, dan adegan kedua ketika penari lelaki muncul dengan gaya victorian inggeris dan topeng menutupi wajah mereka bersama gerakan-gerakan mekanik. Mazin masih berjuang dengan debat di kepalanya. Itulah Primadona seri panggung pujaan ramai.

Anggun adalah seorang perempuan yang sempurna. Bisik Izwan di telinga Mizan. Dia hanya diam. Ekor matanya hanya melirik pelakon lelaki yang sasa di atas pentas. Meliuk lentuk memeluk sang primadona menari bersamaDengan gaya The Mask Of Zorro yang lebih menarik perhatiannya.

Izwan Klimanoff pernah berkata kepadanya siapa yang tidak akan gugur imannya ketika melihat Anggun ketawa yang lembut bersama barisan gigi yang berkemilau bagai mutiara beratur dipalu cahaya. Pipi putih kemerah-merahan bagai pauh dilayang, dagu yang lembut comel bagai lebah bergantung dengan alis halus melentik bagai barisan semut dan rambut ikal mayang, panjang.

Mizan yang terlalu asyik dan tenggelam bersama alunan hutan rimba yang misteri yang sukar di ungkapkannya nanti. Apakah ini hanya fantasi?

Tiada ulasan: