Rabu, Oktober 04, 2006

BAB 7: CINTA VINTAGE

pendar embun pagi
membuatku hanyut
menyebut-nyebut namamu
bertebaran warna pelangimu
telah membuatku larut
hamil oleh kata-katamu
irama tarian syurgamu
telah membuatku kalut

jika semua warna kembali ke putih
dan semua jarak kembali pada titik
jika semua rasa kembali pada pedih
dan semua laut telah kehilangan buih
aku akan menunggumu tanpa kehendak
walau dalam serumpun semak-beronak


Dalam hati Izwan sudah lali melihat degan-adegan selanjutnya di panggung itu. Tiba-tiba dia merasakan kerongkongannya kering, Izwan Kliminoff bangkit dan memberi isyarat sopan kepada dua orang di sebelahnya, dan berjalan dalam gelap menuju pintu keluar. Dia lalu berbelok ke arah belakang panggung, bertanya ke seseorang lelaki yang sudah mengenali dirinya dan membawanya ke arah sebuah ruangan cafe bar yang besar.

Izwan duduk bersindirian di sebuah cafe, pemuda itu melepas dahaga. Suara muzik dari panggung terdengar jelas sekali dari sini. Sememangnya ruangan belakang ini dirancang untuk majlis tari menari dan kelab esklusif dengan akustik yang sesuai dengan citarasanya. Izwan melirik pandangan. Poster-poster melekat di sekeliling dinding, dengan pertunjukan-pertunjukan kelas atasan yang pernah tampil di panggung kesenian ini. Beberapa poster menampilkan wajah Primadona Seri Panggung. Di sebelah sudut kirinya kelihatan poster lama Ratna D' Marion. Izwan mengenali Ratna semasa zaman kegemilangannya bersama Miss Robeot dari kumpulan Dardanella. Semasa itu Ratna Dewi gelaran yang di beri kepadanya. Dia lebih dahulu menjadi seri panggung sebelum kehadiran Prasasti Seni Anggun Putri.

Dia mengakui melihat wajah di poster itu benar-benar photogenic.

Pementasan usai ketika bulan sudah menjadi raja langit di angkasa. Izwan memandang ke arah dua meja di depannya ada dua orang lelaki yang duduk di situ memerhatikannya dari jauh. Dia mengenali mereka pelakon-pelakon lelaki sasa itu. Pada minggu lalu mereka mementaskan kisah bangsawan Sacred Band of Thebes dari kisah mitologi klasik Greek Illiad oleh Homer. Watak-watak Aristogiton dan Harmodius dilakonkan oleh mereka berdua. Mereka sering kelihatan bersama di café itu selepas persembahan. Salah seorang dari lelaki itu memandangnya dengan mata menggoda. Ohh tidak..!Belum sempat dia membalikkan tubuh, sepasang tangan harum menutup kedua matanya dari belakang. Izwan tersenyum, mengenali tangan itu walaupun tak melihat orangnya. Pemilik tangan itu bukan cuma menutup telinganya, tetapi juga memeluk tubuhnya. Tentu saja, dia kenal tubuh itu!

"Kagum dengan persembahan Anggun," Ratna D' Marion bersuara mesra, membawa nada memuji yang membuat Izwan alpa.

Izwan melangkah menghampiri. Hampir terpejam mata Izwan ketika bauan harum menerpa ke hidungnya. Bau wangi perfume Rouge Allure Channel dan cologne yang biasa digunakannya. Dan dia semakin menjadi alpa. Ratna senyum memandang keadaannya.

"Mari" Ratna menarik lengan Izwan.

Mereka beriringan menuju sebuah ruangan yang ditata untuk sebuah bar kecil sebelah kanan. Ada meja tinggi di pojok ruangan, lengkap dengan beberapa rak untuk pelbagai aneka minuman keras.

Ruang cafe itu ternyata lebih luas dan mewah dari dewan tamu di banglo milik Ratna D' Marion. Segala-galanya antik, lebih antik daripada yang ada di rumahnya. Segalanya tersusun begitu rapi dan berseni, amat sesuai dengan citarasanya. Pandangannya berkisar, mengagumi keadaan yang begitu menyenangkan. Akhirnya matanya tertaut dengan pandangan Ratna yang tercegat menanti, tersenyum melirik dan galak. Ratna menggerakkan tangan kanannya memberi isyarat meminta Izwan duduk. Dengan anggukan kecil bersama senyuman yang tidak lekang, Izwan bergerak perlahan ke kerusi lalu duduk. Ratna masih berdiri.

"Nak minum?" anjurnya lemah-lembut dan menawan. Pandangan Ratna kemudian beralih ke arah Ratna yang sedang bergerak ke arah bar yang lengkap segala-galanya. Berbaris puluhan botol yang pelbagai rupa dan warna.

"Anything specific?" tanya Ratna lagi.

"Ada vintage?" tanya Salman pula.

"Oh ya..." kata Ratna sambil bergerak ke belakang bar lalu mencapai sebiji botol yang berbeza daripada yang pernah dilihatnya. Sepintas renungan,

"Bordeau," Ratna membaca label pada botol wain yang dipegangnya. Kemudian dia memandang Izwan.

"Wau, vintage. Suatu hari nanti menjadi minuman klasik dunia" ucap Izwan.

Ratna kemudiannya mencapai dua biji gelas loceng lalu menghampiri Izwan. Dia menyambut botol yang dihulurkan oleh Ratna. Dengan pantas Ratna membuka tutup botolnya dan meneguk sedikit dan selebihnya di isi di dalam gelas sambil duduk di salah satu kursi tinggi di depan Izwan. Mereka berbual-bual.

"Kita ada tetamu yang istimewa Izwan" ucap Ratna ketika melagakan gelasnya dengan gelas Izwan sebelum meneguk.

"Maksud kau, Tengku Iskandar?" balas Izwan.

Begitu tertib Izwan meneguk air kuning jernih, dikecapnya sedikit selepas menghidu aromanya beberapa ketika. Lama pula dia menahan arak itu di dalam mulutnya, begitu sayang untuk ditelan segera. Dan setelah dimasukkan ke dalam kerongkongnya, dia mengecap lagi, begitu perisa dan senang.

"Sungguh tulen," katanya.

"Lagi?" tanya Ratna galak.

"Nampaknya rancangan ini akan berjaya." Kata itu tiba-tiba terpancul dibibir Ratna.

"Tak tahu bagaimana aku nak bayangkan pertemuan Smith dengan Tengku Iskandar nanti" ujar Izwan.

"Dia yang akan mengubah sejarah kita."Ratna ketawa.

"Aku akan menggunakannya untuk kebaikan kita" kata Izwan sambil ketawa pula.

Ratna mengangguk mesra.

Sedang mereka berbual-bual masuk seorang lelaki. Berbaju roman greek shakespear sendirian di beranda pintu belakang bar. Lelaki itu melongok menjulurkan lehernya. Mencari seseorang dan Ratna D Marion melambaikan tangan dari arah bertentangan. Dia melangkah perlahan lebih dekat. Dia mengenyitkan dahi seketika. Mengelengkan kepala kepada Ratna dan Izwan.

"Kau cari siapa Romeo?, Juliet? Dia di belakang pentas bersama Anggun dan Cempaka Sari." Kata Ratna dengan selamba kepada Romy. Seorang pelakon lelaki yang sering melakonkan watak-watak dalam kisah Shakespeare. lelaki tersenyum ke arah mereka berdua dan berlalu pergi ke belakang panggung.

* * * * * * * *

Jasmin mencapai buku berjudul Lelaki Terindah diatas almari rak bukunya. Tertulis di situ pengarangnya Andrei Aksana. Buku ke-4 dari Andrei Aksana itu dihadiahkan oleh Mazin kepadanya. Penulis buku ini menjadi kegemarannya yang juga di kenal dengan julukan The Singing Author. Dia membelek-belek buku itu yang membongkar sebuah realiti kehidupan percintaan yang menentang norma dalam masyarakat dan mengangkatnya menjadi sebuah cerita yang menyedihkan. Dia mengingati Mazin saat pertama dia bertemu dengannya.

Mazin adalah jiran Jasmin dibangunan disebelah kondonya. Balkoninya bertentangan dengan rumah Jasmin. Dia sering melihat lelaki itu jarang tidur malam. Berjaga dengan lampu terpasang dari balik kerja petang hingga malam ke pagi di depan komputer. Mazin adalah seorang penulis dan jurugambar professional. Dan mempunyai lama blog yang popular kerana karya-karyanya. Sebelum ini rumah di depannya itu lama kosong. Jasmin tidak tahu Mazin tinggal bersama siapa. Hanya sesekali Jasmin melihat seorang lelaki setengah baya berperawakan tinggi, sasa datang ke rumah itu dengan kereta Gen 2. Sesekali lelaki itu menginap dirumah Mazin. Kerana Harith sering melihat Mazin merakam gambar dari sudut balkoninya. Dan Jasmin meminta bantuan Mazin untuk Harith mengikuti kelas fotografi dihujung minggu di galerinya.

********

Beberapa hari yang lalu Irwan datang ke rumah Mazin. Pada awalnya mereka makan dan bersembang di ruang tengah sambil nonton DVD. Tapi larut malam keduanya beranjak ke kamar. Bukan untuk tidur. Mazin menatap wajah Irwan yang rebah di atas ranjang.

"Jadi kau serius mahu kahwin dengan perempuan itu?" tanya Mazin tiba- tiba.

Irwan menghela nafas berat. Sesak nafasnya mendengar soalan maut itu.

"Aku tak ada pilihan. Orang tuaku yang suruh cepat kahwin dengan perempuan itu."

Mizan langsung tak menjawab. Matanya terus menatap layer kaca di depannya. Malam terasa sunyi. Hanya detak jam dinding yang terdengar. Mizan menggantikan lampu bilik menjadi suram dan menjatuhkan tubuhnya di samping Irwan. Wajahnya terlihat gelisah dan gusar.

"Tapi...."

Belum sempat Mazin meneruskan kalimatnya, Irwan lebih dulu memotong dan mulut laki-laki itu dengan jari tangannya.

***********

Apakah yang lebih dihajati oleh seorang lelaki selain daripada berhadapan dengan seorang perempuan cantik. Sememangnya Ratna cukup anggun sekali. Dengan sanggul rapi dicucuk oleh penyucuk gading bertatahkan permata, terselit pula bunga cempaka yang harum baunya. Keanggunan itu lebih terserlah dengan Fitera berenda berwarna hitam berkilauan dengan bengkung yang memperagakan bahunya yang indah. Di kakinya terpasang kasut baldu bertekat emas ALDO. Begitu asyik Izwan Merenungnya, meraut dari hujung rambut ke hujung kaki.

Ratna faham dan tidak bersuara. Dia membiarkan Izwan dengan pelakuannya. Kemudian mereka melayan dan hanyut bersama alunan muzik dengan penyanyi Mustika dengan lagu Yankee.

Yankee Doodle went to town
A-Riding on a pony.
He stuck a feather in his hat,
And called it macaroni.

Yankee Doodle, keep it up,
Yankee Doodle dandy.
Mind the music and the step,
And with the girls be handy!

Tidak berapa lama kemudian berkumandang pula lagu berirama waltz jazz yang segera mendorong Ratna menggerak-gerakkan tubuhnya sedikit dengan sebelah kakinya menghentak-hentak di lantai.

"Care for a dance?" pelawa Ratna. Izwan ragu-ragu.

Ratna sudah bergerak perlahan ke tengah ruang, dengan renungan galak dan menunggu. Sambil mengangkat kedua belah bahunya, Izwan senyum dan melangkah menghampiri Ratna yang sedia menghulurkan kedua belah tangannya untuk disambut oleh Izwan. Mereka menari. Sungguhpun Izwan menggerakkan tarian waltz itu, namun kearifan Ratna pulalah yang mampu membuat geraknya menjadi lebih sempurna. Mereka menari mengikut irama lagu yang sungguh mengasyikkan.

***********************

Tiada ulasan: