Khamis, Oktober 05, 2006

BAB 8: DEWI RIMBA @ CEMPAKA SARI


ketika kau tiada,
masih tajam seru lagumu
pekat pepohonan lebat
nafas langit dalam jingga senja,
hanya aku yang menjelma kata

aku berjalan menjulur mimpi,
yang mesti ditempuh,
sebelum sampai di hujung belantara
tiadakah setitik cahaya
penuntun damai cinta sang dewi?
cintaku akan ku kejar bersama
kemana akan kucari jejak nafasmu dewi?


Jalan kecil itu buruk dan becak lopak air selepas hujan. Jasmin memandu kereta MPV Hyundai Matriknya memasuki lorong. Harith bangun dan mengeliat yang duduk disebelahnya. Letih kerana perjalanan menyebabkan dia terlena tadi. Melihat sekeliling. Terlalu asing untuknya. Tempat apa ini?

"Mama bukankah kita nak pergi ke bukir larut, kenapa mama kemari?" Tanya Adam Harith Hakiki.

"Mama nak jumpa seseorang di sini sayang. Harith mesti suka. Mengantuk lagi?" Jasmin menjelaskan.

Harith hanya mengeleng-gelengkan kepala. Diluar udara diliputi awan mendung, kadang-kadang turun hujan rintik-rintik. Mereka melalui sebuah jalan berpasir putih bekas tanah lombong. Sebelah kirinya, kebanyakan lombong bijih timah telah diterokai untuk tujuan pembinaan tapak perumahan dan pembelaan ikan. Ini telah menjadikan Malim Nawar sebagai tempat kegemaran para pemancing ikan yang terkenal di sekitar kawasan Perak. Sebelah kanannya kelihatan beberapa tukang kebun memetik sayur-sayuran dan cili merah. Melalui beberapa warung kopi. Hujan seperti jarum peniti yang menhujam di permukaan cermin keratanya. Seperti biasa, segala keadaan di dunia ini selalu mendatangkan untung dan rugi, dipandang dari sudut kepentingan masing-masing. Para petani menyambut hari-hari hujan dengan penuh kegembiraan dan harapan, kerana air hujan membawa rezeki dan berkah bagi mereka. Akan tetapi di lain pihak, para pekerja dan pelancong mengomel dan mengeluh kerana pekerjaan atau perjalanan mereka terganggu oleh jatuhnya hujan rintik-rintik yang tak kunjung henti.

Hujan rintik-rintik membuat jalan kecil itu sunyi. Dalam keadaan seperti itu, kebanyakan penduduk sekitar yang melakukan perjalanan melalui jalan kecil itu lebih suka menunda perjalanan, beristirahat di warung-warung sambil minum kopi hangat, pendeknya asal mereka dapat terlindung dari hujan. Kalaupun ada yang melakukan perjalanan melalui jalan kecil itu di waktu hujan rintik-rintik menambah dingin hawa udara, mereka bergesa-gesa agar cepat tiba di tempat tujuan. Beberapa serombongan lori melewati jalan kecil, sejenak memecahkan kesunyian dengan suara roda lori, diseling suara pengendara lori tanah yang menyumpah jalan buruk dan hujan dingin.

Sejak tadi keretanya melalui pekan Malim Nawar yang terletak di Daerah Kinta, Lokasinya berada kira-kira 40 km ke selatan bandaraya Ipoh, Perak dan kira-kira 14 km di utara bandar Kampar, menghala ke sebelah kiri dalam perjalanan dari Kampar ke Ipoh dan kira-kira 6 km dari Simpang Kuala Dipang. Sungai Kinta, di bahagian barat Malim Nawar adalah sempadan antara Tanjung Tualang dengan Malim Nawar.

Jasmin ingin cepat-cepat sampai ke Kampung Tanjung Bangkong. Dia ingin berjumpa dengan seorang bidan. Bidan tersebut yang datang merawatnya semasa dia pulang ke Malaysia setelah melahirkan Harith. Dia juga seorang dukun yang disegani dikampungnya. Saat itu dia sedang berpantang dan sering meracau-racau dan jatuh sakit. Bidan Limah juga yang menjaganya dan Harith. Setelah itu Bidan Limah di upah menjagi orang gajinya. Cuma tahun lepas bidan Limah berhenti dan pulang ke kampung halamannya di Malim Nawar. Hanya bidan itu sahaja yang tahu tentang dirinya dan keajaiban Harith. Dia ingin meminta bantuan wanita yang di panggil emak itu menolongnya.

Mereka hampir sampai ke Kampung Tanjung Bangkong. Seingat Jasmin, bidan Limah pernah menceritakan sejarah penempatannya. Kebanyakan orang Malim Nawar mengenali tempat tersebut sebagai kubu Jepun. Kubu tersebut dibina oleh Tentera Jepun pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu untuk membuat senjata dan bahan letupan. Keluasan kubu Jepun ini sungguh besar. Pada masa penguasaan Jepun, kawasan sekitar Kubu dilengkapi dengan pelbagai perangkap untuk menghalang komunis mendekati kubu mereka. Selepas tahun 1945, tentera British ambil alih Tanah Melayu, tentera Jepun terpaksa tinggalkan kubu ini. Pada masa yang sama, kubu ini telah diserang dan dimusnahkan sebahagian bangunannya oleh pihak komunis dipercayai sebagai tanda membalas dendam dan rasa tidak puas hati dengan kezaliman pihak tentera Jepun. Kini, kubu Jepun telah dijadikan bukti peninggalan bersejarah bagi penduduk Malim Nawar.

Harith bernafas lega, dan Jasmin tersenyum mendengar anaknya di sebelah menghela dan menghempaskan nafasnya kuat-kuat. Mereka sudah sampai di tempat yang dituju. Kelihatan seorang wanita yang mereka kenali sedang berjalan ke arah rumahnya. Dia memandang dengan cermat siapa yang menuju ke arah rumahnya. Mereka berdua turun dari kereta. Harith berlari-lari sambil salam dan memeluk Bidan Limah. Seperti cucu berjumpa dengan neneknya dikampung halaman. Jasmin melihat gelagat anaknya. Tanpa membuang masa Jasmin menuju kearah emak angkatnya.

"Emak sudah tahu tujuan kau kemari. Tak perlu terangkan.Jom masuk dan rehat dulu." itu yang terkeluar dari mulut wanita itu. Jasmine dan Harith hanya terpinga-pinga.

Mereka naik keatas rumah itu yang mempunyai tiang dan berlantai setinggi lebih tinggi dari kepala orang.

***************************************************

Kaki yang mengejar Cik Rimbun,
Ekor melompat patah kaki,
Menyenup patah pinggang,
Menyeluduk badan kau lampuh,
Bukannya aku yang berburu,
Perpatih yang berburu,
Bukannya aku yang punya anjing
Pak Sidi yang punya anjing,
Bukannya aku yang berkuei,
Nenek Batin Telang yang berkuet,
Jangan engkau mungkirkan janji,
Jikalau engkau mungkirkan janji,
Durhaka engkau pada Allah.
Hei Cik Lanang Cik Redup,
Cik Bendang Cik Merah,
Ambil bahagian engkau!
Yang terbawa bahagian aku!
Yang tinggal bahagian engkau!



Mulut Jasmin terkumat-kamit membaca mentera-mentera yang diberikan oleh Bidan Limah. Dia memejamkan mata rapat-rapat. juga mengosongkan fikirannya menghubungkan dengan dunia nyata. Segalanya di kosongkan.

"Pusatkan perhatian, Tidak ada akal yang kekal. Satu-satunya titik pusat yang dapat dijadikan pegangan apabila melihat sejarah itu sendiri. Dan sejarah akal adalah seperti sungai waktu. Pemikiran-pemikiran yang dicuci sepanjang aliran masa sendiri. Tetapi kebenaran terjadi dari tempat kamu berdiri. Kau akan berhubung dengan seseorang di alam sana. Jangan bimbang dengan Harith, di mana kau di situ ada dirinya. Dia akan memberi kau petunjuk itu."

Kedengaran suara Bidan Limah berkata-kata dicuping telinganya. Lama kelamaan semakin jauh sayup-sayup kedengaran. Dia cuba mengawal dirinya. Perlahan-lahan dia dapat melihat tubuh manusia yang ada berbeza, di dunia yang berlainan. Pakaian mereka, wajah mereka, rambut mereka, suara mereka semuanya berbeza. Mereka di sana berwajah riang dengan majlis tari menari. Dia diam duduk dan mepusatkan perhatian sepenuhnya. Peluh menitik kedinginan. Dia merasakan tiupan angin dingin yang dirasakan sejak tadi menerbangkan bayangnya. Sambil terpejam dia memutar bola matanya kiri dan kanan, mengusik nadinya. Dua saat, bayangnya membentuk. Bayang ini mulai menarik jiwa. Dingin yang rasa waktu bayang ini menembus jiwa.

Begitu akal menelan bisiknya, pengap rasa dadanya, tegang yang dirasai menjalar sampai kepala. Hidungnya seperti mencium harum dan kulitnya merasakan rasa yang tak pernah terbayang. Sesaat rasa itu hilang, membimbing tangannya menarik Dia merasa bayangan ini ikut menarik.

Dia pantas membuka matanya tiba-tiba. Dia kini berada di danau dan hutan. Tidak lama kemudian segala yang dilihatnya menjadi satu. Dia melihat sekilas ke arah kiri dan kanan. sesuatu di sekitarnya berubah secara tiba-tiba. Jasmin rasa dia kini berada di alam yang di bawa oleh sesuatu kuasa. Sehingga akhir hayatnya perkara ini tetap menjadi misteri yang tak dapat dirungkaikan.

"Aku dimana ni," katanya. Kepalanya sedikit pening

Jasmin cuba bangun. Tetapi pinggangnya di dakap dari belakang. Tangan kecil Harith memeluk pinggangnya. Dia memandang kebelakang. Harith sedang memejam mata memeluk mamanya. Dia membangunkan Harith dan memimpinnya berjalan. Mereka rupanya berada dibelakang banir akar sebuah pokok yang besar yang melindungi tubuh mereka.

"Jangan takut Harith, kita dan sampai tempat ini." Jasmin cuba menenagkan Harith supaya tidak takut.

Harith menganguk. Dia tahu mamanya saja yang mengalami keadaan itu. Sedangkan dia sudah lama melihat sebuah dunia yang akan dia terokai. Dia sudah lama dulu sampai ke alam itu sebelum mamanya. Kerana dia miliki sixth sense yang boleh melihat dunia lain dan membawanya bersama kearahnya.

Suara retak ranting terpijak dan geseran rumput yang tersapu dihujung kakinya berselang-seli nyanyian burung dan serangga. Harith melihat seekor belalang terkejut melompat menghindar dari pijakan kasutnya yang berderap-derap Daun-daunan saling bertepuk manakala angin berhembus dari kerendahan lembah. Seperti gesekan melodi yang terdengar unik di telinga. Muzik asyik yang disambut oleh kerik suara serangga, anak burung dan siulan burung jantan mengundang betina datang. Adakah orkestra yang lebih indah dari gubahan alam seperti ini! Hutan seperti pohon besar dan kecil seperti sebuah dunia tersendiri. Cabang pokooknya seperti sebuah dunia dongeng yang dapat menceritakan seribu kisah.

Kali ini, dia hanya rasakan kehadiran sesuatu di balik punggungnya melintas.

Tiba-tiba seseorang turun menggunakan tali cabang pokok kearah mereka berdua. Wanita itu berambut hitam itu cuba menghampirinya dan menahan nafas sejenak. Jasmin memeluk Harith erat. Wanita itu memakai pakaian seperti orang asli zaman dahulu kala. Ikat kepalanya yang juga berwarna coklat kehitaman. Hanya menutupi bahagian dada dan alat sulitnya. Sangat gagah dan bertubuh langsing. Mulutnya berkomat-kamit. Inikah wanita yang diperkatakan oleh Bidan Limah tadi.

"Jangan takut, namaku Dewi Rimba. Aku akan memberi kau petunjuk itu."

Secara tiba-tiba kaki kanan yang terangkat itu melompat ke depan. Sepasang tangannya mendorong dengan pengerahan tenaga kuat. Tenaga dorongan mengarah ke depan, ke arah sebongkah batu di depan mereka. Dewi rimba cuba menghampiri Harith. Dia tersenyum. Mereka berdua mematungkan diri.

"Kamu berdua telah berada disebuah dunia seperti artificial sphere yang membebaskan manusia dari persoalan dan pencarian mereka. Aku akan membawamu kesebuah "panggung opera".

"kami dimana? adakah Dewi tinggal disini? "Tanya Jasmin. Ketakutan mereka berdua mulai berkurang.

"Aku tinggal di sini di dalam hutan ini. Setiap pelosok hutan aku yang menjaganya. Dulu aku juga manusia seperti kau juga. Namaku sebenar Campaka Sari tetapi nasibku berbeza dengan kehidupan manusia. Kekasihku bernama Awang. Cinta kami telah dihalang oleh keluarga masing-masing yang telah menjodohkan kami dengan orang lain. Tetapi cinta yang tumbuh di antara kami itu tetap kukuh. Kami telah berjanji untuk setia dan tidak akan mengawini orang lain. Malangnya niat suci kami untuk saling setia, ternyata tidak kesampaian. Pada suatu hari aku dibawa oleh keluargaku ke sebuah kampung untuk dikahwinkan disana. Malangnya telah terjadilah kecelakaan dalam perjalanan. Aku ditawan oleh orang-orang bunian yang berkuasa di sekitar tempat ini. Aku telah dilahir ketika gong orang-orang bunian berbunyi. Pada masa itu kepercayaan orang yang lahir disaat gong orang bunian berbunyikan adalah bakal takhta Dewi Rimba. Oleh sebab itu, aku telah menjelma menjadi orang bunian untuk menggantikan takhta Dewi Rimba. Tetapi Awang telah mengorbankan dirinya untuk bersamaku di alam ini. Dia telah menjelma ke alam bunian tetapi menjadi kenit kerana mengikut perjanjian dia perlu mengubah dirinya menjadi kaum kenit. Akhirnya kami berdua hidup bahagia di alam bunian ini."

penjelasan yang panjang lebar dari dewi rimba. Mereka terkesima. Jasmin benar-benar teruja di alam asing ini.

"Ayuh ke rumahku tidak jauh dari sini. Hari sudah petang."

Mereka bertiga berjalan bersama menyusuri pohon beringin. melintasi tunggul-tunggul raksasa dalam diam nestapa. Jasmin hanya melopong seperti mendengar cerita dan hikayat dongeng dahulu kala. Dia memandang Harith. Rasanya kini bukan sekadar menjadi cerita penghias buku terbitan Balai Pustaka. Adakah menjadi legenda dan dongengan belaka?

Tiba-tiba kedengaran suara merdu nyanyian seorang perempuan. Mereka bertiga berpandangan. Mereka berjalan Dewi rimba hanya tersenyum. Mereka melihat di depan pohon-pohon yang hanya kelihatan dalam bayangan seorang gadis dibawah pohon rendang berlesung pipit, hidung kecil mancung

mengayun buaian di bawah pohon beringin sambil menyanyi merdu.

Laju..laju
buaiku laju
Pohon beringin
Tegaknya tinggi
Aku anak yatim piatu

Laju..laju
buaiku laju
Pohon beringin
Tegaknya tinggi
Aku anak yatim piatu

"Itu suara merah," kata dewi rimba. Dewi rimba memberi isyarat kepada Jasmin dan Harith tunggu di situ. Dewi mencapai satu cabang untaian pokok.

Tiba-tiba bawang merah berhenti menyanyi. Bangun dan berpaling sekejap kearah mereka.

"dewi rimba, kau dari mana?" Bawang merah bersuara dan melihat dua orang yang aneh dimatanya.

"Aku dari hutan sana." Jelas dewi rimba sambil bergayut di cabang-cabang pohon di depannya.

"Aduuh! Aduuh! aku sudah terlambat nanti mesti bawang putih sedang mencariku!"

Lalu gadis itu berlari pergi. Sebelum dia masuk ke dalam hutan, Dia berhenti sejenak dan melambaikan tangan, sambil mengerdipkan satu matanya. Jasmin tersenyum di sisi melihat tingkah laku gadis yang popular dalam cerita teladan dahulu kala.

"Sampaikan salam kepada Bawang Putih dan Ibu tiri kau merah," dewi rimba berseru di belakangnya.

Tiada ulasan: