Selasa, Disember 05, 2006

SLOT 2: Malaikat
Bersayap
Sebelah

JIN

PART I


Aku sudah bertemu Jin malam semalam. Seperti di katakan Sophia dan Penelopi, dia sangat besar tetapi ada pesona kejelekan. Matanya yang sayu, garis tepinya nampak samar dan di pinggir penuh dengan airmata yang keputih-putihan, seperti lensa mata ikan pada wajah bulannya yang pucat. Kilau matanya adalah satu-satunya yang aku kenal dulu. Dia mengeluarkan bau seperti binatang sehingga laku mula rasa pusing-pusing dan bangun terhuyung hayang. Aku menyapanya di ambang sore.

"Halo Jin, tidur kau nyenyak?"

Wajahnya yang besar dan muram memandangku dari balik bayang-bayang. Setiap sisi gubuk ada tembikar dengan hasil karya yang berserakan. Jin bersandar dan menatap dengan perasaan gelisah. Di dagunya ada bantalan lemak tidak sampai sejengkal dari lehernya. Dalam kegelapan Jin bergerak ke arah dapur dan membuka tudung saji. Mencapai adunan kelabu gandum dan menyuap kemulutnya. Akhirnya, Jin dengan susah payah bangun dan mengeluarkan nafas dari paru-parunya. Dia memandangku dengan penuh kebencian. Jin mengomel;

"Tidak, aku tidak dapat tidur nyenyak. Ada mimpi yang sebal, di campak tanpa tempat tinggal!"

Jin lelah, bayang-bayang gelap, menimbulkan rasa jijik. Pada saat ini aku mengalihkan tatapanku. Dengan perasaan ngeri Jin akan mati sakit jantung. Jin tahu firasat kematiannya dan risau akan badannya yang bengkak itu, untuk dimuatkan di liang lahad.

Tiada ulasan: