Sabtu, Disember 09, 2006

Malaikat Bersayap Sebelah


BARBIE!

Part 1

Kotak plastik yang berisi gadis berambut blonde itu diletakkan di katilnya. Dia berdengus kecil. Kenapa dia harus berkongsi bilik dengan seorang gadis yang bukan adik atau kakaknya. Yang lebih membuat dia cemburu. Gadis itu lebih cute dan menawan dari dirinya. Bentuk kaki yang langsing dan bentuk badan yang menggayakan pelbagai fesyen. Dan rambutnya yang berlainan color menambah bencinya.

Sejak kecil ibu bapanya sering membeli patung binatang tidak bernyawa. Di dalam bilik tidurnya umpama zoo safari dan dia akan mengetuai mereka sebagai presiden binatang di dalam hutannya. Seperti Tarzan yang memakai seluar dalam di tengah hutan binatang yang cantik-cantik belaka. Di setiap sudut biliknya haiwan-haiwan itu di letakkan di dalam keluarga masing-masing dan sudah beranak pinak. Dari seekor panda yang bulat yang boleh mendukungnya sehingga beruang kutub utara yang putih warna asalnya berukar kelabu apabila hidup di tengah hutan di bilik tidurnya. Di dalam biliknya juga ada pelbagai keturunan binatang, laut dan darat, harimau,singa, serigala, ikan duyung, dogong dan dinosaur yang bertompok-tompok hijau kulitnya. Apabila di Hari Kebosanan Kebangsaan di istiharkan, maka dia akan bergurau senda dan melontar binatang itu di mana-mana tanpa belas kesihan.

Hari ini ibunya menghadiahkan sekotak besar patung gadis berambut blonde yang boleh di bogelkan dan berganti pakaiannya. Beserta set rumah yang berkongsi bilik dengannya (huhu!). Rumah yang berwarna pink itu di lengkapi ruang tamu, bilik tidur berserta almari solek dan aneka kosmetik dan dapur. Jika gadis itu memasak makanan dia pasti mati di racun oleh gadis eropah keturunan penjajah itu. Dengan berwajah manis dan murka dia menanyakan kepada ibunya apakah nama gadis berambut blonde ini?

"ini Barbie namanya"- kata ibunya.

"Yey, yey dapat Barbie, yey, yay dapat Barbie!"

Seingatnya patung yang dimiliki berwarna pink adalah pink panther yang kurus kering. Walaupun dia telah cuba memberi makanan bertong-tong kepada pink panther. Supaya pink panther menjadi segebu dirinya. Dia kecewa pink panther tetap begitu, mungkin kematian kekasihnya yang menyebabkan dirinya kurus kering di seluruh dunia.

Dia berlari-larian sekeliling shopping mall itu melaungkan nama sensitif bagi sesetangah pihak. Orang-orang di sekelilingnya hanya melihat seorang kanak-kanak perempuan terjerit-jerit nama Barbie. Ibunya terpaksa membuka seribu langkah mengejar kanak-kanak perempuan yang sangat pintar bikin huru hara di mana-mana.

Dia sempat berhenti di depan abangnya yang memegang lego yang di bina. Di ambil lego itu di hempaskan ke lantai mall. Dia berkata kepada abangnya, yang mata berkaca-kaca dan yang pasti melihat adiknya tak ubah seperti anak setan yang ingin diterajangnya;

"wahai abangku, pada ketika ini kau fikir kanak-kanak perlu di beri makna logika dunia. Maka kau dan aku adalah objek lawakkan semesta belaka"

Dengan pecut dia meneruskan langkah lariannya sambil di kejar ibunya dan menyambung meraung memanggil Barbienya kembali. Abangnya menangis di tepi kotak mainan, umpama mendapat rotan dari ibunya kerana gagal menjawab kertas fizik tingkatan 4.

Tiada ulasan: