Rabu, Januari 10, 2007

ANAK JIN


Semalam tengah hari. Anak jin itu datang memanggilku. Dia mengkhabarkan Jin bersama keluarganya yang kurus-kurus datang dan mengucapkan Selamat Tahun Baru. Saat aku turun tangga, aku terserempak dengan anak Jin. Lebih kurus berbanding Jin. Anak Jin duduk di bawah lantai dekat pintu masuk. Mengadap langit yang sedang memancung kepala hujan terputus-putus sujud menyembam ke bumi. Anak jin itu masih hijau pucuk pisang. Kulit mukanya yang bulat kencang. Berkerut memandangku. Anak Jin itu terbungkus dengan baju hitam tak terbentuk tanpa bahagian depan dan belakang. Ohh keluarga jin itu juga memakai pakaian selayaknya untuk sambutan tahun baru. Aku masih dengan baju tidur tebal dan belum mandi. Setelah beberapa saat membetulkan pola arteri orta-orta nafasnya, anak jin berdehem keras dan muka riak bersunguh-sungguh.

"selamat tahun baru, anak toyol!"

"selamat tahun baru Jin!" aku tersengih-sengih.

"harapanku kosong! Apa yang bestnya menyambut tahun baru untuk makhluk malang seperti aku. Di mana akanku tinggal, di makan anjing atau mati kelaparan."

Balas suaranya yang tegas dan percaya diri yang tolol.

Tiada ulasan: