Rabu, Januari 10, 2007

NANA MERANA


Kepala awek itu botak. Gundol di cukur habis rambutnya. Fresh Cut look. Inilah awek yang kebal pujukan kapitalis. Kebal rayuan hedonis. Tebal di penjara norma dan dogma. Bebas tidak terkongkong nilai seorang perempuan. Ada lagi satu, ada cop mohor di lengan kirinya. Warna putih dan kemerah-merahan bersayap dua. Dari bilik mandi. Dengan tuala di gendong di bahu. Nana duduk di sisi katilnya. Cuba berbual mesra, walau hatinya setengah kalut. Nampaknya minah kepalabotoak ini, hanya diam dan memberi reaksi yang paling minimum. Gadis itu kurus berkaca mata dengan T-shirt longgar dan berseluar Jeans Vintage Levis. Neil bangkit berdiri. Kuping telinganya di buat dari pinggan anti panas tidak akan cair dengan apa yang di bebelkan oleh perempuan opera sabun di depannya ini.

Nana jadi panas. Apakah seumur hidup si O'neil ini ada kepingan belian di dalam corong suaranya. Dan benaknya berkata:

Aku berharap selepas temubual tadi maka, lepas ini aku tidak akan berkata apa-apa lagi. Tetapi pakai angguk-angguk saja. Kerana kita berdua sudah faham maksud di sebaliknya. Kira inilah percakapan tingkat tinggi yang tidak dapat di didengar manusia. Kalau begitu, beginilah kaedahnya. Nana menanti tegang. Ini dia fikirnya. Jawapan bagi sebuah misteri. Katakan kau perempuan ajaib, kan? Kau adalah sejuta bintang di luar angkasa yang merupakan anak alien berkepala botak dan sebutirnya jatuh menjadi makhluk penghuni bumi.

O'Neil melirik kiri-kanan, membuka-buka barang dalam almarinya, lirik kebawah. Berjalan dengan gaya lengging. Neil sibuk di depan cermin. Setelah mandi , bersiul-siul. Mancari eu de toilet dan odorono anti peluh. Lalu dia mengangguk menjeling sedikit kearah Nana. Ha kan aku dah kata. Tiada sebutir kata dari bibir polos tak pernah berlapik gincu atau gloss itu. Sibuk menampal poster-poster skinhead Cockney Rejects dan wajah Lt. Jordan O'Neil, Demi Moore.

Penampilan mereka berdua jauh berbeza dari imej standard tank top. Nana dengan malu-malu perlahan-lahan mengeluarkan patung hello kitty dan twitienya. Sekilas kejengkelan Neil memandang patung-patung di katilnya. Gambar-gambarnya tergantung mematung umpama gundik raja maharaja cina. Di luar rintik-rintik hujan, dihuni tungau.

Bagaikan bangun dari tidur panjang, kepala Nana di ketok: hoi, kau sebilik dengan Lt. Jordan O'Neil dalam filem GI Jane.

Tiada ulasan: