Rabu, Januari 17, 2007

BUDAK NYAWA DALAM BOTOL MEMBELI DUNIA

Aku masuk ke kedai runcit papan sederet di kawasan desa sunti yang hilang virginnya. Di tepi jalan, ada sebuah masjid. sekilas aku dongak ke langit. Tompokan awan di luar angkasa sesibuk semua makhluk yang berada di sini. Menghala di ruang yang sempit. Di atas rak-rak terdapat beratus-ratus biji botol yang tersusun rapi. Setiap botol mempunyai label cetakan. Seorang nenek tua duduk di satu sudut di atas bangku kayu.membongkok. terconggok seperti beribu tahun terpaku. Ada bekas jaring labah-labah di kepalanya.Habuk-habuk melekat di kulitnya. dia berdehem payah sekali.Ekkhhheem..! habuk-habuk berterbangan. Beberapa ekor tikus terkejut dan lari sprint. Dan orang tua itu kembali dengan aksen tunggulnya. Matanya berkedip-kedip lagi dan lagi. Tikus-tikus keluar semula bermain-main di hujung kakinya.

sekejap!. Matanya beradaptasi dengan tubuh munggilku.aku pakai baju yang di kira hot yang tak afdoll.
tanpa hujan ribut dan banjir besar. Datanglah sorang budak sekolah, entah anak siapa. Dia tengok aku tapi badannya tetap berjalan ke depan. seperti aku makhluk berdosa di karma yang lalu. Tanpa kordinat titik yang keberapa dia pun menyoal, memuncungkan mulutnya;

"Di dalam botol-botol itu ada apa, tuuu.botol tu?"
(ayam jantan berkokok di belakang kedai)

"Apa? hmmmm.entahlah"
(bunyi motor rxz.preng.preng.kedai ah tet workshop di sebelah- [Ah Tet lu bikin motor gwa kasi bunyi macam paip,ok])

"Dalam botol itu ada hati ker?"
(bunyi hon lori muatan berat)

"Hati saper?"
(tikus lari depan aku)

"Kau nak beli hati ayam!?"-ini tanda seru! atau tanda tanya?.
(cicak di tepi dinding menyanyi)

"Taknak!" aku memekik sikit. "Aku manuseya!"- kataku. pasrah,aha!itu rahsia aku dengan seantero alam kosmos.

"Kalau kita ada hati ayam . . ?"

"jadi ayamlah "(tolol!-aku)

"Monyet?"(kaulah monyet samdol!)

"Jadi monyet."

"Lembu?"(si gagah mangsa raya korban)

"Jadi lembulah.dik."

Banyak soal pulak budak ni? Inikan bukan kedai ayah aku.sudah tabiat budak tu yang suka bertanya agaknya.Seperti sebiji tanglung yang di tiup angin tanpa belas di batang kaki, aku berjalan tanpa fikir panjang ke arah rak itu. Sambil menunding kepala telunjuk jari ke botol-botol.Dengan beraksi gaya salegirl yang lulus graduan sarjana yang datang hari pertama bekerja.Maka aku memasang tektik marketing tanpa redha kat budak itu.Semoga esok dalam appraisal hujung tahun, tercetak recommended di naikkan pangkat manager kerana menunjukkan prestasi yang cemerlang tanpa bodek kepada nenek tua. Budak itu yang diam tertanam sejak tadi di lantai semen mendengar penuh asyik:

"kat sana tu, tu kat sana tuuu, ada sebiji botol besar yang berisi dengan kebuluran-1 kilo 1 hinggit.
Lima depa di kiri nenek itu ada sebuah kotak besar yang berisi dengan pembaziran-1 kilo 5 hinggit. 2 meter di depan sebelah kiri sikit ada beberapa biji botol besar jugak, berisi dengan pencemaran macam-macam dan penyakit, cuma 2 hinggit 1 kilo. Di sebelah kanan pulak, dekat situ, ada sebiji botol yang berukir indah dan antik berisi dengan peperangan, yang ini mahal sikit-1 kilo 10 hinggit. Yang ini, aku tak sarankan kau beli.Belum ada kat dunia,budak baya kau tak tahu sejarah perang negara sendiri.Jadi kau pun tahu akibatnya nanti."

Budak tu cepat-cepat meraba-raba poket seluar hijau sekolahnya. keluarkan warna biru 1 hinggit malesia.


"Semuanya dalam ringgit malesia ker?" tanyanya. Dengan aksi lunggu tanpa dosa kerana ponteng.

"Kenapa murah sangat, ada diskaun ker?"

"Jualan MegaSale."

"Kenapa Jualan Megasale?".

"Sebab dunia nak kiamat."

"Kau nak beli apa sebenarnya ni?"(aku bergaya ala mak tiri dia-cekak pinggang)

Matanya berkedip-kedip. Mukanya dihurungi lalat. Garu-garu kepala di celah telinga.

"saya nak beli nyawa 1 kilo,ada ker?"

Orientasi vibran aku di setrum kaku bila aku toleh siap nak bagi jawapan subjektif, sah!budak itu dah lesap. Maka, suhu badanku terasa amat panas,waima impuls urat saraf dalamanku di tinju bertubi-tubi. Otakku diperah-perah dan kebas-kebas.bunyi degupan jantungku hilang satu ketukan.mataku berbatalion berkunang-kunang keluar memberi salam.

"Assalamualaikum.cik guris,adakah cik guris okey?"

aku-pitam.

Tiada ulasan: