Khamis, Januari 04, 2007

JAKET BIRU

Lima jarinya masih menyentuh sudut buku yang keras di sebalik jaket birunya. Membuatnya terbayang cerita dalam novel tadi yang hampir habis dibacanya. sudah sampai pada halaman-halaman terakhir. Novel itu berisi cerita yang menarik. Hijau tersenyum dan berfikir, membeli novel-novel kuno dan tidak laku, untuk pengarang semacam dirinya yang terpaksa menjadi pengarang kerana tidak ada kerja lain yang mampan untuknya. pengarang novel itu begitu buruk. Dan pastilah bodoh. Kisah tentang seorang hijau yang dirompak semasa berjalan-jalan di pasar malam. Tiada detail cerita yang diketengahkan. pengarang bukan tahu perasaan apabila hijau yang berada di tengah-tengah muncung kepala sebuah senapang? Hijau berganjak sedikit. kain baju yang basah tidak melekat ke kulit kepala. Jaket birunya longgar dan lusuh. Hijau tidak lagi terusik rasa dingin yang beku. Tiba-tibadia rasa begitu janggal. Janggalkah tersenyum saat maut datang tanpa bayang? Bunyi klik. Pistol itu ditegakkan ke atas. Di depan muncungnya menyalakan sebatang rokok. Hijau terhenyak melihat Merah keluar bergendong tangan di kepalanya.

Tiada ulasan: