Jumaat, Januari 12, 2007

KASIH LATIFA

Namanya Latifa. Kulitnya bermetamorfosis tidak terang tidak gelap. Perawakannya gumuk. Latifa sangat ramah. Dia ada dua sisifus roda. Di depan dan di belakang. Jangan ingat dia boleh berlari pecut, dia akan terengah-engah. Suara Latifa sangat mesra alam dan mudah dikenali. Dulu, bila di kampus suara Latifa selalu membawa kebahagiaan, setiap kali dia datang, ramai yang terpesona bergegas melihat di bawah kolej. Ada seorang mamat berkumis manis datang bersama Latifa. Stiker di sisi kanan bagian depan bertuliskan Latifa inspirasi untuk Matnor.

Dia masih solo.Walau Latifa sering pergi bersama Matnor ke KLCC, bangsar dan teater di KLPAC. Berdua berputar-putar di kampus, makan di gerai mamak paling enak dekat pasaraya lambak. Kunjungan favorit ibu adalah ke pasaraya Jusco. Tapi, sekarang Latifa sombong dengan sesiapa. Dia menjadi mudah perasa, mudah bertanduk dan bertaring. Jadi demi keamananan dunia yang serba huru hara. Maka Latifa cinta dikoyak-koyak. bukan segalanya. Tidak mungkin ada wanita lain yang mahukan lelaki itu.

Membernya tertanya-tanya mengapa Latifa yang memilih Matnor yang bunyi namanya fesyen lama. Latifa di bedak halus licin kulitnya oleh Matnor. Peramah pada sesiapa saja dan lelaki pasti akan jatuh cinta padanya pada teguran dan pandang pertama. Baru berjumpa sudah seperti kenal lama. Cuma kini Latifa kuat cemburu. Sudah seratus orang teman lelakinya. Keseratus-seratus orang ini diputuskan hubungan hanya kerana alasan-alasan yang kecil seperti mengeja namanya salah. Apabila memutuskan hubungannya dengan teman lelaki yang ke seratus kerana teman lelakinya ini memuji kejelitaan Imelda Marcos, bekas wanita pertama filipinos, yang memiliki 2500 pasang kasut itu.

Dan, hari itu mereka kembali menyusuri kota ambigu. Tapi, tak seperti biasanya, Latifa kembali moody. Jalannya malas, lambat. Dia kehilangan semangat. Dan akhirnya; dia mogok. ingin mati. Apa yang terjadi? Matnor duduk rapat memandang Latifa. Memandangi tubuh gumuk di depannya. Matnor berkata-kata dengan sabar.

"Kau kenapa nih? Cepat jangan mengader!. Kita kan selalu berjalan-jalan berdua. Dulu Kau janji akan bawa awek aku sama jalan-jalankan,..."

Tak lama setelah kata-kata jampi matra Matnor sambil membelai Latifa bersaksikan Tuminah rempit yang menawan setelah menghentak kepala Matnor untuk memilikinya. Awek baru yang menghiasi hidup Matnor. Latifa hidup kembali. Hohoho. Rupanya masa dan waktu mengubah kasih Matnor kepada Latifa. Matnor telah menolak Latifa dalam hidupnya setelah kehadiran Tuminah rempit yang lebih grennn dan montok lagi sombong apabila berjalan. Kadang-kadang Matnor merindui Latifa. Motor vespa yang jarang meragam. Juga jarang mengetuk duit poketnya. Efisionnya yang gumuk dan ramah serta mesra alam diingati oleh Matnor. Sekarang penggantinya Tuminah rempit, skuter yang efek mentenisasinya lebih tinggi dari Latifa. Yang ingin selalu di solek cantik.

Tiada ulasan: