Ahad, Januari 28, 2007

MATINYA SEEKOR AMIR

Ketika ini dia terkenang pertama kali dia bertemu dengan Sophia. Pada suatu pagi yang dingin, embun masih terapung-apung di udara ditiup angin lembut, gemersik daun-daun, burung-burung berkicau, ayam jantan berkokok menyapa malaikat lalu, matahari masih rendah dan cahayanya belum begitu terasa panasnya, di tebing sungai itu berpusar-pusar mengalir menghanyutkan ranting-ranting, dahan-dahan dan daun-daun mati jauh, jauh keluar, sungai yang berada di belakang rumahnya. Sophia selalu meluahkan perasaan kepadanya, tentang jejaka melayu yang menjadi idaman hatinya. Dan pagi ini Amir duduk bertinggung berbungkus dengan selimut menghirup udara pagi sambil merenung arus yang deras dengan penuh perasaan seakan-akan melepas satu kerinduan apabila terpandang Sophia berjalan perlahan dengan pakaian tidur dan berbungkus dengan selimut tidak jauh darinya membawa sebuah kotak, kotak kasut agaknya dan gerak-gerinya kelihatan amat sayu sekali, sehingga sesiapa yang terpandang padanya ketika ini tentu akan merasa sendu sedikit sendu di ulu hati.

Amir yang pada lazimnya amat pemalu, kalau boleh dia nak jadi halimun, tidak nampak, di depan setiap wanita yang ditemuinya, pemalu yang turun-temurun dari datuk nenek, pada pagi ini terlupa malu kerana sendu di ulu hatinya lalu menghampiri Sophia

"Kucingku, Amir" kata Sophia dengan sedih sambil membuka tutup kotak kasut ini.

"haaa..dah mati."


Tiada ulasan: