Isnin, April 16, 2007

RATU VAMPIR


"Hi baby," Drakula tersenyum mengucup pipi Vampir.

Datang seorang lelaki drakula yang mukanya serupa Bram Stoker berbual-bual mesra bersama mereka. Drakula itu adalah pengarah syarikat Gos Kueen Model Agensi. Bertanggungjawab menjaga kebajikan semua Vampir dalam pertandingan itu. Semua Vampir yang terbabit tinggal di dalam Kondo Villa yang di panggil The Zoo. Kondominium mewah itu khas untuk memelihara hantu-hantu tercantik di dunia. Mereka mewakili negeri masing-masing untuk merebut gelaran Ratu Vampir 2006.

Pertandingan ratu vampir tahun itu, ramai warga zombie dan jembalang meramalkan gelaran tersebut akan jatuh kepada Vampir Meenah dari negeri Lindungan Bulan. Dan tempat kedua pula Vampir Tifah dari negeri Siungala. Kedua-dua Vampir itu mendapat undian SMS yang tinggi. Kedua-duanya ciri yang terlalu spesifik oleh seorang ratu dengan susuk tinggi, hidung mancung,mulut sensual dan seksi. Kulit seputih susu dan selicin prosilin. Cuma 1 saja, berat badan Vampir Tifah terover weight 1 kg dari Vampir Meenah. Kilat gigi taringnya melebihi iklan ubat gigi kolget. Sepanjang pertandingan itu, mereka berdua sangat akrab, dan komunikasi juga bukan menjadi halangan kerana menggunakan bahasa hantu rimba. Bahasa yang tumbuh dari kedalaman jiwa golongan Vampir. Dan yang utama, mereka mempunyai nasib yang sama iaitu Vampir yatim piatu.

Tiada ulasan: