Jumaat, Oktober 19, 2007

1: BINTANG HITAM

termina


kau tahu apa tentang aku, Kawan!
Kau tahu cintaku setinggi bintang
dan dendamku berwujud binatang



[Dia berlari menembus kelebatan hujan. Baru sepuluh minit dia keluar dari kondo Putri Villa dengan tangan berlumuran darah. Dia tidak berhenti berlari. Perlahan-lahan tangannya di basuh air hujan. Makin menjadi-jadi dia menangis, berteriak-teriakan tidak tentu arah tuju. Seperti ditinggalkan bahtera nabi nuh keseorangan tenggelam kelemasan. Di dalam kepalanya ada suara yang bising tidak berhenti berkata-kata sehingga dia tidak sedar yang dia telah…..]

Fisyah menepuk-nepuk buku-bukunya yang berselerakan. Meditasi, kundalini, feng shui, yoga, zen dan buku-buku tentang energi dalaman. Dan CD yang sudah beberapa kali siaran ulangan. Not-not dan lirik-liriknya sudah dia hafal. Enya, Voyage, Inspirational Moment, Kitaro dan kaset-kaset New Age lainnya. Sebotol Vanilla Coke tumpah di tepi meja katil.Dah penat dia membaca buku-buku itu dan melemparkan di sisi katilnya. Tangan kirinya automatik terikut beraksi terlempar bersama buku itu dan terjatuh di atas sesuatu. Tangan kirinya meraba-raba sesuatu yang bernyawa, dan basah. Dia kaget. Membalikkan tubuhnya ke kiri. Dan sekarang berdepan sesusuk tubuh lelaki bermata sembab yang berselimut lena. Eh, biar betul! Siapa nih, aku kenal kau? Kenapa kau tertidur di sebelahku. Kenapa kau tidur tak pakai baju? Dia melihat lelaki itu dengan fikiran tegang. Dia mendengar degusan nafas lelaki itu yang teratur. Tiba-tiba dia mencium lembap air peluh yang masih hangat. Semalam telah terjadi percintaan.

**********

Dia seperti aktor atau standing comedian yang menirukan aksi dan kata-kata tokoh-tokoh dunia dengan baik. Dia banyak belajar darinya, terutama tentang teori dan mengelabui lie detector. Dia, masa first time bertemu dengannya tak ubah gesture seorang wanita yang tinggal kekal dalam kepalanya, seorang yang pernah hadir dalam hidupnya ribuan tahun dulu. Dia pergi dengan alasan akan berjumpa di suatu hari nanti, sehingga berabad-abad millennium. Tapi intuisinya yakin yang dia adalah wanita itu.

Nazrin terjaga tiba-tiba dari tidurnya di sebuah kedai buku yang tertera nama book culture di kota kemuning. Dia tertidur sambil berdiri. Tersedar dengan bersandar di rak-rak buku.

Tiada ulasan: