Rabu, Oktober 24, 2007

2: BINTANG HITAM

tanah

aku inginkan bukan sekadar cinta
atau ledakan romantis yang jahanam
aku ada cara memahami cinta
kulukiskan simbol hati di tengkoraknya
dan tenggelam di dalam kulitnya




[Dia bintang capricorn dan aku bintang taurus, dari zodiak barat. kita sebenarnya tepat satu sama lain. Berlaga tanduk pada titik terdalam jantung masing-masing.]

Bilik itu sempit berdinding triplex bercat putih lusuh. Sebuah poster kecil Ayat Qursyi menempel di pintunya, “Untuk penangkal hantu setan!”, kata Azami kawannya.

Omar merebahkan badan perempuan itu diatas katil bertilam empuk, kepalanya disandarkan di atas bantal yang menumpuk.

Mahiza masih separuh sedar, darah dari kepalanya menitis di atas tilam. Tadi, di bawah flat 5 tingkat itu, ada beberapa orang yang baru balik solat magrib dari masjid memandang mereka dengan beribu pertanyaan yang takkan berani mereka tanyakan.

Omar mencari kain lap di almari plastik pakaiannya yang usang itu. Lantas dia mencari toilet di luar bilik untuk mengambil air. Diseka darah dikepala Mahiza. (Aku mesti keluar dulu cari ubat dan kapas).

Setelah dibersihkan darah, di letakkan ubat merah+antibiotik di luka kecil yang menggurat di kening halusnya. Menutupinya dengan kapas dan dia tersenyum.

Tiba-tiba Nazrin masuk dan terus diam sejenak. Kaget terkejut.

A : Eh, accident ker ?
O : yup, aku ingat dia? Bukan!
A : ko, knp tak hantar klinik
O : ko nak suruh aku tertangkap
A : itulah merempit lagi, lepas tue langgar orang

O: itu dulu, accident bukan sengaja aku ingat dia key point kita…
A: gaya ko dah ada rambut mcm Einstein, misai ala Hitler, habis tu macam mana pompuan nie?
O: kita tunggu dia bangun, aku tau dia tau key point kita.
A : Mana kau nak cari key point kita..
O: kita perlu cari dia. Kalau tak habis kita.
A : And watch your alcohol habit. I don't want to see you in the sky, naked, playing with this girl
O : F*** you, I'm just drinking...not killing myself
A : oklah, aku kena balik ada hal lain. Nanti aku sms ko.
O : Ya ? Ok, Thanks...

A : No problem [dengan aksyen Johnny Rotten]

Pembicaraan terhenti. Azami berdiri. Seakan faham dia hendak pergi, Baru dua langkah dia bergerak, Omar duduk balik atas sofa.

Dering handphonenya, di angkatnya kerana vibratornya sangat mengganggu dirinya. Terdengar suara.

“Halo…, aku Nafisyah, perempuan yang kau jumpa, mesti ada tanda nama lekat di dadanya!”

Omar diam sejenak. Seketika langit menjadi mendung dan seluruh dunia menjadi buta.

Tiada ulasan: