Jumaat, November 02, 2007

3: BINTANG HITAM
Cupido

bersujudlah dihadapan jasad busuk Warhol!
menarilah seperti Rumi
bersama Rabiah di danau sufi
aku akan usik segala kerinduan ini
dan menjadi hantu yang bergentayangan
dalam setiap gerakan bulu-bulu kalian


[ketika dia terbangun dari dari tidurnya. Terkaget seketika. Di sekitarnya suasana lengang. Tidak ada rak buku, meja dan kerusi di dalamnya seperti selalu, kecuali kerusi yang diduduknya dan meja yang dibaring di atasnya tadi. Dan sekelilingnya di apit dinding dan tingkap yang telah usang dan tua: dimana dia berada?, dia bangun dan melihat di luar, berdentam-dentum dan menderu-deru meriam kapal portugis....]


Kereta dan kenderaan lain di jalan raya itu terus melaju dengan secepat kilat. Asap mengepul dari salah satu bas tua yang melintas tepat di depannya. Asap hitam menyelubungi mukanya. Fisyah terbatuk sambil mengibas-ngibaskan tangannya dengan cepat. Berjalan dengan pantas. Fisyah masuk ke dalam rumah. Menyorong tangannya mencari kunci di dalam beg. Dia telah tinggal di kawasan perumahan ini sepanjang hidupnya, bersama seorang wanita yang berada di dalamnya. Fisyah membuka pintu dengan berkeluh letih. Dia melihat ibunya sedang tidur di sofa dekat ruang tamu di sebelah meja dengan mug kopi di atasnya. TV masih menyala tanpa suara. Ibu selalu begitu. Jika siaran tidak menarik selalunya dia perlahankan suaranya sahaja tanpa mematikannya. Udara di dalam rumahnya kelam dan pengap. Tiada sinaran matahari. Mendung dan bayangan asap sejak dia masuk tadi. Ibunya menjalani hidup tanpa membenarkan cahaya masuk dan udara dalam rumahnya. Tertutup sana-sini. Hanya membiarkan tv dan kipas siling yang tua dan ribut berpusing. Ibunya sejak bertahun-tahun tidak ramah lagi dengan jiran tetangga. Jiran tetangga juga tidak duduk berhampiran dengan rumahnya. Tiba-tiba ibu terjaga dan Fisyah tidak dapat menyembunyikan wajahnya yang kalut dan sedikit terkejut.

"dah balik, ibu tertidur tadi, kenapa monyok nie?"

Fisyah tidak menjawab dan hanya duduk dekat di sisi ibunya. Dia mengambil beg tangannya dan mengeluarkan sepucuk surat. Tentang pekerjaan kontraknya di tamatkan serta merta. Ibunya berganjak mengambil kacamata di rak buku di dalam biliknya. Ibu keluarkan dengan sepasang kacamatanya. Ibu membaca surat itu sebentar, menahan nafas dan berkata beberapa perkataan untuk menenangkan Fisyah. Lalu ibu pergi ke dapur menyediakan hidangan mereka tanpa sepatah kata lagi.

Fisyah masih belum juga terniat menyatakan kepada ibunya yang tawaran kerja baru yang telah diterima di tengah bandaraya kosmopolitan di bangunan Tan&Tan di Jln Tun Razak sebagai Senior Technical Commercial di bahagian Tender Contract Services di organisasi perkhidmatan petroleum dan gas dari luar negara. Hanya ini yang boleh menampung kehidupan mereka. Dan pendapatannya nanti membolehkan dia bercuti keluar negara. Dia diam dan berlalu masuk ke dalam biliknya dan mengunci pintu.

Fisyah: Aku, macam biasa, pagi ini mengosongkan jiwa dalam otakku. Kurasa baru kali ini mengatakan bahwa aku masih hidup. Sejak seawal ayam berkokok, aku tidak akan mengendahkan itu semua. Fikiranku hanya tertuju pada satu nama: Dendam! Dan dalam setiap saat ada suara yang sering mengingatkan dan berbisik-"cari dia, kerana nama kau tertulis dan melekat di tepi pangkal dadanya sejak dia dilahirkan.....I've travelled through the ocean of time to find you...

Tiada ulasan: