Sabtu, April 19, 2008

Boy D’ Asteroid


Boy duduk di sebuah kursi segitiga yang sekonyong-konyong berubah menjadi bulat di dalam rumah futuris-konservatifnya. Dengan lukisan tergantung dari artis vektor art berambut repro yang tiada selera seni. Boy berwarna ungu dengan rambut keriting yang boleh berubah-ubah menjadi lurus berponi dan keriting. Tadi boy melihat sebuah filem dengan sambil makan sebatang coklat cadbury black forest. Hatinya sudah distorsi don juan de marco bila ditawan kerajaan wanita sejak melihat filem itu. Dengan cermin mata tarsah harry potter ada kamera yang bergerak sendiri bila terpadang muka mummy yang pucat menuruni tangga yang sikit lagi nak menangis seperti baru lepas menguburkan puteranya kerana menyesal keluar regenarasi dari rahimnya yang dipaksa menjadi cepat dewasa.

‘mummy kenapa nama boy asteroid?’

‘Yer sayang jangan sedih, kerana nama boy adalah tempat mommy sembunyi bila bumi ini meletup.’

Mummy bersabda sinis. efek mentalnya yang kian dahsyat. dia adalah sesuatu yang tidak penting dalam indeks pasaran. Dan rotasi dunia menjadi sepi kerana bom kedua meledak menghancurkan headline naiknya harga minyak. sebatang gudang garam filter tengik dan bebelan panjang pemberita tv bermelodrama untuk para revivalis taik kucing para kapitalis monk yang munafik.

Tiada ulasan: