Sabtu, Mei 03, 2008

KE TAMAN MATA

Mungkin sekali dalam seratus tahun selepas kejadian ini, tidak mungkin dia akan melupakannya. bila bangunan ini di timpa angin ribut yang dashyat melintas dipundak kiri gadis itu dan terdengar ditelinganya sebuah ledakan bom yang menghentak lamunannya dan dihancur-leburkan oleh bom audiosonik dari angin itu, banyak mangsa terkorban, dan dia menjerit-jerit sekuat hati. gaung berputar mengelilinginya, menghancurkan dinding ruang tamu itu, debu dari pecahan batu bata berterbangan dan terus bergetaran dan tiba pada kekuatan keduanya apabila kekukuhan bangunan tua dan bersaing dengan jeritan gadis itu. Lalu keduanya berhenti, gadis itu dan juga bangunan tua itu terhenti pada tahap intensitinya bakal roboh. Ohhh adakah ini dari sebuah filem? tanya Alice.

Namaku Alice, tinggal dalam dunia ajaib yang sunyi. Hidup ini adalah spektrum emosi yang berwarna warni. absurd. Terpatah patah. Full of flashback and discontinuity. Orang sekarang memanggilnya Pulp Fiction. Orang dulu lebih syok menyebutnya takdir. Dari kepala tengkoraknya memantul bayang simetri di syurga pertama. Di dalamnya ada sebuah taman yang bunga-bunganya tercabut dari akar bumi.


Tiada ulasan: